Didakwa sengaja berpakaian ‘syuhrah’ demi mencari populariti, Aina Abdul ditegur Ustaz?

Didakwa sengaja berpakaian ‘syuhrah’ demi mencari populariti, Aina Abdul ditegur Ustaz?

 

Pada Jumaat lepas, telah berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2023) yang mana dihadiri oleh pelbagai artis tak kiralah tua dan muda menggayakan pelbagai fesyen yang menarik di karpet merah.

Pun begitu, fesyen yang keterlaluan digayakan golongan artis pada malam tersebut telah mendapat teguran seorang yang dikenali sebagai Ustaz Kamilin Jamilin atau nama sebenarnya, Ustaz Ahmad Kamil Jamilin, seorang pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

59970798 2239085879516876 6303942436297113600 N

Ancaman buat pemakai pakaian ‘syuhrah’

Menerusi video TikTok yang dikongsikannya, ustaz berkenaan dilihat menegur golongan artis termasuklah Aina Abdul (seperti yang ditunjukkan di dalam gambar) yang sering dilihat memakai fesyen yang menonjol dan lain daripada lain.

Katanya, pemakaian sebegitu tidak diketahui ramai bahawa ia dilarang dalam Islam walaupun ia tidak mendedahkan aurat langsung.

Pakaian semacam ini tetap salah sebab ia termasuk dalam kategori ‘libas al-syuhrah’ iaitu pakaian pelik yang tersangat mengundang perhatian. 

“Sebab apa? Boleh jadi sebab pembaziran, boleh jadi sebab Islam nak sangat menjaga umatnya daripada sifat riak. Riak ini sifat yang menunjuk-nunjuk, nak bagi orang tengok kita kan?” jelasnya.

@drkamilinjamilin

🔥 Ancaman Buat Pemakai Pakaian “Syuhrah” (Menonjol Yang Mencuri Tumpuan) #Muhasabah #AmaranNabi

♬ original sound – Dr. Kamilin Jamilin – Dr. Kamilin Jamilin

Tambahnya, perkara tersebut boleh menghalang seseorang daripada masuk syurga dan balasannya di akhirat pun menurut ustaz ini sangat berat.

Ia juga berpandu daripada hadis dari Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah ﷺ bersabda,

“Barangsiapa mengenakan pakaian syuhrah (tampil berbeza) di dunia, nescaya Allah akan mengenakan pakaian kehinaan padanya pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka.”

F1Kb0M Aiam Zvk

Ustaz Kamilin juga memberi peringatan kepada rakan di dunia artis dan fesyen untuk jauhi daripada memakai design pakaian yang mengundang ke arah pakaian syuhrah.

Katanya lagi, tak semestinya pakaian itu gah dan mewah dikira sebagai syuhrah tetapi jika ia lain daripada orang lain sampai mengundang sensasi dan perhatian disebabkan keanehannya, ia barulah dikira syuhrah.

Apa pendapat korang mengenai isu ini? Bagi min kalau ia satu teguran yang baik daripada ustaz, sebaiknya kita ambillah sebagai pengajaran.