Didakwa utamakan staf berbangsa Cina, ini kenyataan rasmi syarikat BONIA

Didakwa utamakan staf berbangsa Cina, ini kenyataan rasmi syarikat BONIA

Bonia semalam dikecam oleh orang ramai selepas didakwa menjadi tempat kerja untuk satu kaum sahaja.

Ini selepas satu video yang berdurasi pendek yang dimuat naik di laman TikTok tular di beberapa platform sosial media yang lain.

Video itu sebenarnya diambil dengan niat yang baik, iaitu untuk menunjukkan persekitaraan kerja di jenama Bonia.

Namun apa yang kurang enak di mata netizen adalah kesemua pekerja Bonia adalah datang dari kaum Cina.

Kenyataan Rasmi Bonia

Bonia tidak mengambil masa yang lama untuk menjawab tuduhan netizen.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik, Bonia menyatakan bahawa kepelbagaian adalah prinsip penting yang mereka utamakan.

“Kami adalah, dan sentiasa menjadi, sebuah syarikat yang berbangga dengan memupuk budaya kerja yang inklusif.

“Daripada lembaga pengarah kami kepada kakitangan pengurusan dan pejabat dan barisan hadapan, kami berbangga mempunyai bakat yang datang dari pelbagai latar belakang.”

Bonia juga turut menyatakan bahawa video yang tular itu tidak menunjukkan keseluruhan jenama tersebut.

Dipetik daripada sumber The Vocket