Didenda RM2000 dan penjara 2 bulan gara-gara menepuk ponggong surirumah

Didenda RM2000 dan penjara 2 bulan gara-gara menepuk ponggong surirumah

Seorang pemandu lori dipenjara dua bulan dan didenda sebanyak RM3,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Rembau hari ini atas tuduhan menepuk punggung seorang wanita di Taman Gembira, Gemencheh, Tampin, 4 Ogos lalu.

Menurut Utusan, tertuduh, L. Rames, 36, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Berdasarkan pertuduhan, pada 4 Ogos lalu,  kira-kira pukul 7.10 pagi, tertuduh menggunakan kekerasan jenayah kepada seorang suri rumah berusia 48 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya dengan cara menepuk di bahagian punggung sebelah kanan sebanyak satu kali.

Oleh yang demikian, tertuduh melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara hingga 10 tahun atau denda atau dengan sebatan.

Kartini kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara dua bulan dari tarikh tangkapan dibuat dan denda RM3,000, namun, sekiranya gagal bayar denda berkenaan tertuduh boleh dikenakan 10 bulan penjara.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yap Tsu Sheng, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Syuhada Mohd. Isa.