Digam sertai Forum Perdana, ini sindiran pedas Pak Lah Khairi terhadap penganjur

Digam sertai Forum Perdana, ini sindiran pedas Pak Lah Khairi terhadap penganjur

 

“Dua program dah kena gam! Haaaa takut pada bayang bayang. Dua bulan aku di Mekah (Rezeki itu tetap ada, biarpun bukan di Malaysia, namun di negara luar iaitu Arab Saudi). Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur (KL) dan Masjid Al Najihin KL- bye bye (selamat tinggal)!,” demikian luahan marah pendakwah Abdullah Khairi Harun selepas mengetahui dirinya digam daripada menjadi panelis Forum Perdana Ehwal Islam.

Lebih dikenali dengan panggilan Pak Lah Khairi, dia mendakwa disekat untuk menyertai program Forum Perdana Ehwal Islam yang akan berlangsung di Masjid Kampung Baru pada 1 Februari ini.

Perkara itu dikongsikannya di Instagramnya pada Selasa dengan memaparkan poster beliau dipangkah.

Menerusi poster tersebut, program itu turut menjemput penceramah lain seperti Haslin Baharin yang dikenali sebagai ustaz Bollywood dan Datuk Mohd Izhar Arif Kashim dan dihoskan Zakaria Othman.

Abdullah Khairi memaklumkan beliau ‘digam’ untuk dua program termasuk Forum Perdana berkenaan.

Dia juga sempat menyindir pihak terlibat yang disifatkan takut kepada bayang-bayang, bagaimanapun tidak menyatakan sebab dirinya disekat.