Digelar ‘anjing Cina’, jawapan padu Sheikh Omar senyapkan pemuda Melayu BN

Digelar ‘anjing Cina’, jawapan padu Sheikh Omar senyapkan pemuda Melayu BN

Perkongsian daripada FB Sheikh Omar, calon PH Parlimen Ayer Hitam, Johor.

Maaf cakap. Saya betul2 kecewa dgn pendekatan PERKAUMAN yang MENGELIRUKAN oleh penyokong2 BN di Ayer Hitam siang tadi semasa penamaan calon.

Mereka menjerit depan muka saya “Sheikh Omar, kau anjing cina”. Saya tegur perlahan perlahan, “Jangan main perkauman bang. Awak kata saya anjing cina, tapi awak sedar tak ATAS BAJU AWAK TU tulis nama siapa?”

Agak2nya, kalau saya kata awak ialah “melayu UMNO jadi ANJING cina MCA di Ayer Hitam ni”, awak suka tak? Awak boleh terima?

Saya pergi merata-rata tempat… Saya pergi fundraising dinner dan ceramah yg dihadiri oleh ramai kaum tionghua… Sebahagian besar dari mereka semuanya ucapkan tahniah pada saya dan berharap dapat tewaskan Wee Ka Siong di Ayer Hitam. Orang Cina ramai dah tolak, tapi mereka cakap pengundi Melayu yang pergi selamatkan Presiden MCA tu.

Lepas tu, awak cakap saya pula yg jadi ‘ANJING Cina’?😑

Come on lah…

Kenapa kita selalu nak gunakan perkauman sempit sebagai senjata utk kepentingan politik? Kita semuakan rakyat Malaysia. Perbezaan warna kulit kita sebenarnya adalah kekuatan kita.

Dalam Pakatan Harapan, kita hormat semua bangsa. Kita tak mahu main sentimen perkauman sempit. Kita lawan rasuah, bukan lawan mana2 bangsa atau agama. Dalam Pakatan Harapan, tiada sesiapa anjing sesiapa. Tiada sesiapa jadi kuda tunggangan sesiapa. Kita hormat satu sama lain. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

Bukankah perlembagaan Malaysia sendiri pun dah letak elok kedudukan kita semua sebagai Bangsa Malaysia? Kenapa harus beza-beza?

#KitaBoleh
#PRU15
#Harapan
#P148AyerHitam