Digoda individu tidak dikenali, ini pendedahan bekas suami Nad Zainal
Perkongsian di Instagram Stories milik bekas suami kepada pelakon Nad Zainal, Faliq Amiruddin telah mengundang perhatian netizen.
Menerusi hantaran tersebut, Faliq memuat naik tangkap layar yang mendedahkan dia menerima mesej daripada seorang individu yang tidak dikenali identitinya.
Pada perkongsian itu, individu tersebut dilihat cuba mendekati Faliq dengan mengatakan dia ingin menjadi rakan kepadanya, namun pelawaan itu ditolak oleh ayah kepada dua cahaya mata itu.
“Saya ikhlas, boleh kita jadi kawan?,” soal individu berkenaan sebelum dibalas Faliq dengan emoji sticker pangkah.
Selain itu, individu tersebut turut mempunyai niat untuk menawarkan Faliq hadiah dengan seikhlas hati, bagaimanapun ditolak kerana Faliq tidak mengenali dirinya.
“Saya bukan lelaki kotor,” tulis Faliq pada hantaran tersebut.
Untuk info, Faliq dan Nad Zainal pernah mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015, hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom, 2.
Bagaimanapun, mereka disahkan bercerai pada September 2022, namun enggan berkongsi punca perpisahan.
Pada Januari lalu pula, Nad telah mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan sudah bernikah dengan pelakon Ungku Ismail.