Digosip bercinta dengan jutawan muda, Fatin Afeefa kini bergelar isteri kembali

Digosip bercinta dengan jutawan muda, Fatin Afeefa kini bergelar isteri kembali

Pelakon Fatin Afeefa dikhabarkan selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hati dikenali Aliff Awang pada malam Jumaat dan majlis pernikahan mereka dipercayai berlangsung di Putra Glass Hall, Subang Jaya.

Perkara it dikongsikan oleh jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa yang bertanggungjawab mencantikkan pengantin perempuan bagi menaikkan seri seorang raja sehari pada hari bersejarah tersebut.

 

Selain itu, Alha juga memuat naik gambar di laman Instagram miliknya memaparkan aktres berusia 28 tahun yang memakai busana serba putih berserta manis bertudung.

“Terima kasih gunakan khidmat saya. Suka tak?”tulisnya lagi.

Sementara itu, menjengah ke laman Instagram jejaka pilihan Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin kelihatan dia segak bergaya di hadapan cermin dengan berpakaian lengkap baju melayu serba putih.

Bagaimanapun, masih belum sebarang kenyataan daripada Fatin Afeefa sendiri mengenai pernikahan tersebut.