Dihadiahkan RM85 ribu lepas bernikah, jutawan internet ini kongsi keistimewaan dikecapi rakyat UAE
Kalau kahwin dapat RM85,000!
Di Dubai, kalau pasangan kahwin je, kerajaan akan beri hadiah RM85,000 – cash kepada pengantin lelaki.
Sebab? Kerajaan sini ingin meringankan beban bila mendirikan rumah tangga. Tapiii baca ni dulu…
Sebelum anda pack bag anda dan pindah ke sini, bawak bersabar…
Pemberian perkahwinan ini hanya untuk orang Arab tempatan sahaja (dikenali sebagai Emirati).
Kita orang Malaysia, tak dapat. So tak payah la berangan ya abang2.
Inilah antara sebab mengapa “Orang Dubai” ni selalunya kaya. Kerajaan banyak beri bantuan. Kahwin pun dapat duit – bantuan lain2, Seperti tanah, petrol percuma setiap bulan, bayar hutang bagi mereka yang tak mampu, dan banyak lagi.
Alangkah bestnya kalau kerajaan kita pun bantu rakyat lebih banyak lagi. Betul tak? Lebih2 lagi waktu ramai rakyat kini dalam keadaan terdesak dan tertekan.
Nak tau tak satu lagi bantuan yang best kerajaan berikan pada rakyat mereka. Yang ni memang buatkan saya jeles…
Siapa nak mulakan perniagaan, boleh cuti setahun BERGAJI untuk mulakan perniagaan, dan kalau perniagaan tu gagal, kerajaan akan bayarkan hutang2 perniagaan itu!
Inilah initiatif kerajaan untuk menggalakkan keusahawan.
Pelbagai subsidi dan bantuan perniagaan yang mereka beri. Rezeki mereka mempunyai pemimpin yang sangat hebat!
Apa kata kita usulkan isu perkahwinan ni dengan kerajaan kita. Setuju tak?
Bagi kita, kena la usahakannya sendiri. Rezeki mereka lain, rezeki kita pula lain.
Dalam keadaan ekonomi dan harga meningkat kini, kita perlu berpijak pada bumi yang nyata. Kos hidup semakin meningkat is REAL. Tapi tanggunjawab kita untuk bijak wang dan tambahkan lagi pendapatan.
Tak semestinya nak jadi jutawan atau kaya raya, tapi kalau perniagaan sambilan dapat extra RM500 – RM1000 pun pastinya membantu kan?
Sumber – FB Irfan Khairi