Dihalau mentua kerana menghidap TB, kini hanya tidur dalam kereta

Dihalau mentua kerana menghidap TB, kini hanya tidur dalam kereta

 

Gara-gara menghidap penyakit berjangkit, lima sekeluarga ini terpaksa tidur dalam kereta berdekatan Hospital Segamat sejak  dua bulan yang lalu.

Itulah nasib yang dilalui Mohd Faisal Kamarozaman, 36, bersama isteri dan tiga anak mereka yang sebelum ini menetap di rumah mentua.

Cerita Faisal, semuanya bermula apabila anak keduanya berusia 6 tahun disahkan menghidap tibi atau Tuberkulosis yang kemudiannya menjangkiti anak bongsu, anak sulung dan dirinya sendiri.

tibi

Apabila keluarga mentua mengetahui kami sekeluarga menghidap tibi, kami diminta sewa di rumah lain kerana bimbang ahli keluarga lain akan dijangkiti penyakit berkenaan.”

Disebabkan faktor kewangan mereka berlima memutuskan untuk hanya tinggal dan bermalam di dalam kereta buat sementara.

Isterinya, Susilawati Asmarajaya, 29, bekerja sebagai tukang cuci di hospital berkenaan dan kini terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga tiga anaknya yang sakit.

Faisal pula membantu adiknya berniaga burger di Johor Bahru tetapi atas nasihat doktor dia tidak lagi bekerja selepas menghidap penyakit tersebut.

tidur dalam kereta

Difahamkan, Faisal dan tiga anak perempuannya masih dalam rawatan dan perlu ke klinik atau hospital setiap hari untuk mengambil ubat.

Sejak kisah mereka tular, Faisal dan keluarga menerima bantuan makanan dan duit belanja daripada orang ramai malah pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah menjumpai mereka untuk membantu.

Pemuda UMNO Bahagian Sekijang telah menguruskan rumah untuk kami sekeluarga berteduh.”