Dihidang ‘coq udang’ keras, pelanggan luah kecewa kualiti makanan Chef Wan

Dihidang ‘coq udang’ keras, pelanggan luah kecewa kualiti makanan Chef Wan

Siapa yang tidak kenal dengan Chef Wan, nama yang begitu gah dalam industri makanan bukan sahaja di dalam negara, malah seantero dunia.

Pemunya nama sebenar, Redzuawan Ismail ini pernah diumumkan sebagai “The Best Celebrity Chef In The World” di ‘World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009’ bertempat di Comedie Francaise near Palais Royal.

Meskipun sering terhimpit dengan kontroversi melibatkan anak dan menantunya, namun ia tidak sedikitpun mencalar reputasi hebat penerima Ikon Felda 2019 itu dalam bidang masakan.

Namun, namanya sedikit tercalar baru-baru ini selepas tampil seorang pelanggan yang tidak berpuas hati dengan kualiti makanan yang disediakan cafenya.

Luahan pelanggan tersebut dibuat menerusi satu hantaran FB menggunakan nama Ahmad Mohamad dipercayai ketika menjamu selera di cafe The Shore, Melaka.

Tulisnya…

Cucuq udang macam ni? Overrated. Sapa ada link dengan Chef Wan suruh dia bagitahu pekerja dia supaya masak elok-elok.

Dah la keras. Ni bukan cucuq udang. Ini tepung yang dibuang secara seni masuk dalam kuali. Nampak seni tapi makan tak boleh. Keras. Warga emas macam saya mana boleh pepak.

Sementara itu, peminat chef selebriti itu meminta agar Chef Wan tampil menjelaskan perkara yang dibangkitkan pelanggan tersebut.

Meskipun dianggap terpencil, peminatnya mahukan Chef Wan terus memantau kualiti pada setiap hidangan makanan di cafenya demi menjaga prestij beliau selama berkecimpung di dalam bidang tersebut.