Diisyhtihar no.1 pencapaian SPM terbaik 2023, netizen kongsi rupanya tak mudah nak masuk Maahad Tahfiz Negeri Pahang

Diisyhtihar no.1 pencapaian SPM terbaik 2023, netizen kongsi rupanya tak mudah nak masuk Maahad Tahfiz Negeri Pahang

 

Semalam merupakan hari keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dan ramai pelajar termasuklah ibu bapa berkongsi keputusan cemerlang di media sosial.

Menurut laporan Berita Harian, keputusan SPM 2023 menyaksikan Gred Purata Nasional (GPN) adalah 4.60 dengan peratusan calon layak menerima sijil adalah sebanyak 93.5 peratus.

Selain itu, turut disenaraikan 20 Sekolah Terbaik Keputusan SPM 2023 Mengikut Gred Purata Sekolah (GPS).

Apa yang mengejutkan orang ramai pada tahun ini apabila sebuah sekolah swasta iaitu Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) mencatat sejarahnya tersendiri sebagai sekolah terbaik SPM 2023 dengan GPS 1.07.

Gok51Ctboaabjqz

Pencapaian yang cukup luar biasa bagi insititusi pendidikan itu apabila kesemua pelajarnya seramai 56 calon lulus 100 peratus dengan 23 daripadanya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.

Ia sekali gus menjadikan MTNP tersenarai di tempat pertama dalam 20 sekolah terbaik negara dalam pencapaian SPM 2023.

Gokmj3Bbmaahehl

Rata-rata netizen yang melihat perkongsian senarai itu meluahkan rasa kagum dan tidak menyangka sekolah tahfiz mampu mengatasi sekolah-sekolah berprestasi tinggi yang lain.

Menurut sumber, MTNP adalah sebuah institusi pengajian swasta milik sepenuhnya oleh Yayasan Pahang.

Menerusi perkongsian netizen, selain menghafal 30 juzuk Al-Quran, para pelajar sekolah ini juga mengambil bidang akademik seperti aliran sains dan ekonomi.

Selain itu, netizen juga mengatakan tidak mudah untuk masuk ke sekolah ini kerana perlu melepasi tiga peringkat temuduga.

Malah, fasiliti yang disediakan oleh MTNP ini juga dilihat sama taraf dengan fasiliti sekolah swasta lain seperti kolam renang, padang golf, arena equestrian, padang memanah dan pelbagai lagi.

Screenshot 2024 05 28 111447 Screenshot 2024 05 28 111459

Dalam pada itu, kejayaan sekolah tahfiz ini juga sekali gus menepis persepsi negatif segelintir masyarakat mengenai institusi tahfiz.

Screenshot 2024 05 28 111907 Screenshot 2024 05 28 111930