Dijemput hadir beramai-ramai ke rumah terbuka Aidilfitri Malaysia Madani 2023

Dijemput hadir beramai-ramai ke rumah terbuka Aidilfitri Malaysia Madani 2023

 

Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan untuk pertama kalinya di tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu bagi menyantuni pelbagai lapisan rakyat Malaysia yang akan hadir ke majlis tersebut. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI ini adalah anjuran daripada Jabatan Perdana Menteri untuk memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk berjumpa dengan Perdana Menteri serta dalam masa yang sama dapat mewujudkan silaturahim dan perpaduan antara rakyat dan pemimpin negara kita.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput sebagai tetamu utama pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI tersebut. Selain itu, Menteri Besar atau Ketua Menteri Negeri serta Ahli Jemaah Menteri Persekutuan juga akan dijemput bersama-sama ke majlis tersebut.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI di Kedah telah diangkat sebagai berstatus nasional, dengan sasaran kehadiran seramai 25,000 pengunjung ke majlis tersebut.

Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput orang ramai untuk hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani bersama beliau di enam lokasi bermula Sabtu, 29 April 2023 ini.

Jemputan itu telah dikongsikan oleh Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook dan Twitter beliau.

“Semua dijemput hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI bersama YAB Perdana Menteri,” kata Anwar menerusi Facebook pada Isnin, 24 April 2023.

Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI

Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri bermula di Kedah pada 29 April 2023 ini bertempat di Hotel Raia Alor Setar dari 10 pagi hingga 2 petang.

Kemudian ia akan diteruskan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 6 Mei 2023 bermula 11 pagi hingga 2 petang dan Wisma Majlis Bandaraya Seremban esoknya dari 10.30 pagi hingga 3 petang.

Penganjuran di Kelantan bakal diadakan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu pada 12 Mei 2023 manakala acara di Terengganu berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kuala Terengganu pada 13 Mei 2023. Rumah terbuka di kedua-dua negeri berkenaan akan diadakan dari 7 malam hingga 10.30 malam.

Kemuncak sambutan rumah terbuka itu akan berlangsung di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Sri Gombak di Batu Caves, Selangor pada 14 Mei 2023 dari 8 malam hingga 11 malam.

Semoga jemputan ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI ini dapat mengeratkan ukhwah silaturahim antara rakyat Malaysia dan Perdana Menteri. #MalaysiaMADANI dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin!