Dikait menjadi calon BN, Tony Fernandez umum letak jawatan CEO AirAsia X

Dikait menjadi calon BN, Tony Fernandez umum letak jawatan CEO AirAsia X

Tan Sri Tony Francis Fernandes meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia X Bhd (AAX) berkuat kuasa hari ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat penerbangan itu berkata peletakan jawatan tersebut disebabkan Fernandes mempunyai komitmen lain, lapor Awani.

Makluman itu tidak memberikan sebarang alasan lain untuk peletakan jawatan tersebut.

AAX melantik semula Fernandes sebagai CEO Kumpulan pada Julai 2022.