Dikecam gara-gara tular aksi berlagak tayang ‘dreamhouse’, selepas dikorek latar belakang akademik dimiliki Nabila Razali berjaya senyapkan mulut pengkritiknya

Dikecam gara-gara tular aksi berlagak tayang ‘dreamhouse’, selepas dikorek latar belakang akademik dimiliki Nabila Razali berjaya senyapkan mulut pengkritiknya

Siapa tidak mengenali artis kecil molek yang jelita bernama Nabila Razali?

Pelantun kepada lagu hit ‘Putus’ itu seringkali dihiasi dengan kisah-kisah kontroversi berkaitan karier seninya.

Malah dia juga pernah dilaporkan merajuk gara-gara dikritik gagal menyanyikan lagu dengan baik dalam aksi final sebuah pertandingan hiburan sebelum ini.

Terbaru, Nabila atau lebih mesra dipanggil Bella itu sekali lagi menjadi kecoh di kalangan pengguna media sosial selepas tular sebuah video di pelantar applikasi hiburan TikTok.

Manakan tidak, video berkisarkan gelagat Bella dalam sesi memperkenalkan kediaman ‘housetour’ mewah yang baru dibelinya menjadi sasaran kritikan seolah-olah sengaja cuba berlebih-lebih menayang kemewahan kepada peminatnya.

@calonmenantucikkiah

Cantiknya rumah Nabila Razali. #housetour #NabilaRazali #rumahNabilaRazali #fypdongggggggg #fypage #fypシ゚viral #foryou #fyppppppppppppppppppppppp #RombonganCikKiahKeAJL #KeranaCintaItuAda #SelagikuAda Video : IG Rekaliving

♬ original sound – Mira Menantu Cik Kiah – Mira Menantu Cik Kiah

Namun, buat yang tidak mengenali dirinya, ia bukanlah sepertimana yang disangkakan.

Menerusi TikTok @sayabukandahlia, Nabila telah membuat ‘house tour’ kediaman dua tingkat miliknya yang dibeli berdekatan dengan rumah keluarga.

Dalam rakaman itu, Nabila, 31, menunjukkan seluruh ruang ‘dream house’ yang sudah lengkap dengan dekorasi dan perabot.

Sambil menjawab soalan trivia, pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali menekankan kecenderungannya memilih konsep minimalis.

Semestinya, perkongsian itu membuatkan peminat kagum dengan kehebatan wanita yang tidak lekang daripada kontroversi nyanyian.

Rata-ratanya meliar melihat tandas Nabila yang kata mereka lagi besar daripada bilik, fokus dengan skuter Vespa edisi terhad Vespa 946 Dior yang boleh mencecah harga RM194,600 serta ruang dapur yang menjadi idaman setiap kaum hawa.

Namun timbul persoalan bagaimana gadis semuda Bella mampu menjelmakan kemewahan sedemikian?

Persoalan itu akhirnya terungkai apabila seorang peminatnya tampil berkongsikan kerjaya Bella sekiranya tidak memilih untum menjadi artis dalam ruangan komen video tersebut.

Komen yang menggunakan nama @>;—- m€rp@ti BirU H@Nya 1. itu menulis…

Mmg cantik umh bella. Sumber inspirasi bella juga. Dia arkitek klu bukan penyanyi. Lawa la bella 🥰🥰🥰🥰💞💞💞

Sumber – Oh!Bulan