Dikecam teruk perlekeh pembaca berita masa live, ini jawapan Datuk Hattan

Dikecam teruk perlekeh pembaca berita masa live, ini jawapan Datuk Hattan

 

Kontroversi melibatkan penyanyi senior, Datuk Hattan yang dikatakan ‘menyekolahkan’ pembaca berita ketika siaran langsung telah membuatkan selebriti itu teruk dikecam netizen.

@salimey1

Interview live di Astro Awani Berita 501 sebentar tadi, Dato Hattan di temuramah oleh Penyampai berita Astro Awani. WAA : Lirik-lirik lagu-lagu XPDC ini orang kata sangat² makan dalam Dato, apa yang Dato boleh kongsikan DH : Lagu² XPDC banyak di tulis….awak tau tak tau dia punya sejarah ni… WAA : Mungkin Dato boleh ceritakan… DH : U buat kajian ke tak buat kajian ni WAA : heheehhh…silakan Dato.. DH : Dia bukan Mael yang tulis lirik, yang banyak buat lirik untuk XPDC Allahyarham jugak siapa dia kalau u tahu… WAA : Saari Amri… DH : Apa la u ni… WAA : Saari Amri Dato…(penuh confidence) DH : Apa ni u panggil orang yang tahu interview saya laa…apa la u..tak buat homework ke interview pasal mael…. WAA : J.S Kevin datooo.. DH : Haaa baru la betul ada lak Saari Amri, Saari Amri Ukays adoii.. Ni la akibatnya bila interview live wartawan tidak melakukan kajian sebelum menemu bual dengan lagenda rock tanahair Dato Hattan. Saari Amri Mael XPDC Official Astro AWANI #maelxpdc #fyp #fypシ #astroawani @datohattan @saariamriofficial @xpdc_official_kitapengyu #fypシ゚viral

♬ original sound – Salimey Abu Bakar – Salimey Abu Bakar

Tak minat nak ulas

Disebabkan itu, dia telahpun mengunci Instagramnya mungkin berpunca daripada serangan daripada netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan penyanyi lagu Mahligai Syahdu itu.

Memetik laporan dari Mstar, Hattan ketika dihubungi enggan mengulas kejadian tersebut dan mengatakan ‘tidak berminat’ untuk mengambil tahu berkenaan isu yang sedang tular berkenaan dirinya itu.

“Not intrested,” jawabnya ringkas.

Saya tak boleh ulas apa-apa

Dalam pada itu, pembaca berita Astro Awani yang berdepan dengan situasi tersebut, Nur Syazwani Saiful Sham juga enggan mengulas lanjut kejadian semalam dan berharap agar orang ramai memahami insiden yang dihadapinya.

“Saya minta maaf, saya tidak boleh ulas apa-apa berkenaan perkara itu, harap memahami,” ujarnya.

Terdahulu, video Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 59 ‘menyekolahkan’ seorang pembaca berita ketika siaran langsung kerana gagal menjawab dengan tepat pencipta lagu-lagu dendangan kumpulan XPDC telah menjadi perbualan ramai.

Mana tidaknya, tidak semena-mena Hattan ‘menyembur’ penyampai berita terbabit dan mematikan panggilan telefon yang dibuat selepas penyampai berita itu mengucapkan terima kasih.