Dikutuk baru bercerai tapi dah mesra dengan lelaki kacak dalam live, Puteri Sarah naik angin dengan bekas menantu Kazar

Dikutuk baru bercerai tapi dah mesra dengan lelaki kacak dalam live, Puteri Sarah naik angin dengan bekas menantu Kazar

 

KONFLIK membabitkan pelakon Puteri Sarah Liyana dengan bekas menantu Kazar iaitu Wiwie Darvinda Mazweena Mazlan nampaknya masih berpanjangan dan berlarutan sehingga kini.

Terbaharu, Sarah meluahkan rasa bengang dengan tindakan Wiwie menulis mesej kepada seseorang membangkitkan isu tempoh edah.

Menerima paparan skrin perbualan dikongsi, Puteri Sarah atau Puteri Sarah Megat Kamaruddin, 38, meminta Wiwie agar tidak lagi membuat kenyataan mengaitkan dirinya.

“Ada orang kongsi kepada saya. Inilah manusia yang tiada kerja sibuk edah orang. Edah aku 100 tahun ke?

“Dah kena saman duduk diam-diam. Simpan duit nak bayar saman nanti,” katanya.

Puteri Sarah menulis perkara tersebut di Instastory miliknya pada Rabu.

Dalam tangkap layar berkenaan, Wiwi dilihat menghantar mesej kepada seseorang mempersoalkan tindakan Puteri Sarah tampil bersama lelaki ketika sesi siaran langsung di laman sosial baru-baru ini.

Lelaki dimaksudkan dipercayai merujuk kepada pelakon Indonesia Andi Arsyil Rahman yang juga merupakan rakan niaga kepada Puteri Sarah.

Dalam pada itu, bekas isteri kepada pengarah Syamsul Yusof ini juga mengingatkan orang ramai supaya tidak masuk campur urusannya sehingga boleh menimbulkan salah faham.

“Kita tak mahu jadi macam ini, suka jaga tepi kain orang,” tegasnya.

Nama Wiwie mula menjadi perhatian apabila dia mempersoalkan tempoh edah Puteri Sarah selepas sah bercerai dengan pengarah Syamsul Yusof pada 14 Jun lalu.

Puteri Sarah dalam temu bual sebelum ini tegas memberitahu dia akan mengambil tindakan saman terhadap Wiwie selepas turut mendapat persetujuan Syamsul.

Wiwie juga merupakan bekas kakak ipar kepada Ira Kazar.