Dilayan seperti kuli, warganet membahan Fatin Afeefa selepas tular video isi petrol kereta mewah suami

Dilayan seperti kuli, warganet membahan Fatin Afeefa selepas tular video isi petrol kereta mewah suami

Selain kisah percakaran antara peserta Family Duo, Sissy Iman dan Naim Daniel dengan juri program, Mas Idayu, kisah rumah tangga pelakon, Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang antara yang turut menjadi perhatian di media sosial.

Belum lagi reda dengan isu Fatin beratur mengambil makanan sendiri, kali ini hangat diperkatakan pula apabila aktres itu keluar mengisi minyak menjadi bualan.

Menerusi satu video dimuat naik oleh seorang pengguan di TikTok, kelihatan Fatin keluar daripada kereta McLaren berwarna hijau dan meminta pekerja yang bertugas di pam berkenaan untuk mengisikan minyak.

@yoursbabe_11

Eh bukan dngn laki ke🤭 #fatinafeefa #artismalaysia #fyp #tiktokmalaysia #weddingvibes #suamiistribahagia

♬ original sound – Yours_ – Yours_

Bagaimanapun, diruangan komen ramai yang seolah kurang senang melihat Fatin yang keluar kereta serta ada yang membandingkan selama mereka kahwin suami yang akan turun.

Ada yang berpendapat sepatutnya lelaki atau suami yang sepatutnya keluar dari kereta. Namun, ada segelintir wanita tiada salahnya jika isteri yang turun dan ada juga yang berbuat demikian.

Sumber-RotiKaya