Dilibas baju Aina Abdul, ramai terhibur dengan reaksi pasrah Noki K-Clique

Dilibas baju Aina Abdul, ramai terhibur dengan reaksi pasrah Noki K-Clique

 

Nampaknya kemeriahan yang berlaku di malam Anugerah Juara Lagu yang ke-37 (AJL37) berlangsung beberapa hari lalu masih lagi terasa. Mana tidaknya, kelainan ditonjolkan oleh para peserta AJL37 mengundang rasa terkedu penonton dan peminat.

Salah seorang daripada mereka ialah Aina Abdul. Penyanyi ini membawa lagu berjudul Terus Hidup dan ternyata kelainan dibawa Aina Abdul bukan sekadar suaranya malah seperti biasa, outfit dipakai juga sekali lagi begitu ‘meletop’ bagi ramai.

Sehinggakan Aina Abdul tidak sekadar memenangi kategori Vokal Terbaik malah dia dinobatkan sebagai juara AJL37 yang dipuji ramai sebagai penyanyi yang layak untuk memegang gelaran juara tersebut.

Umum diketahui pula, Aina Abdul menampilkan konsep busana dan pentas ketika menyampaikan lagunya berjudul Tetap Hidup dengan seperti di awan apabila menunjukkan serba putih.

Malah outfit dipakai Aina Abdul juga tetap digayakan olehnya untuk menunjukkan konsep awan tersebut apabila dengan keunikan rekaannya yang begitu menarik. Walau bagaimanapun, satu perkongsian video pendek ini mengundang tawa ramai apabila memaparkan disebalik tabir Aina Abdul dengan outfit dipakainya itu ternyata membuatkan penyanyi yang duduk dibelakang ‘ternganggu’.

@baddddbib

#ainaabdul #ajl37 #terushidup @Aina Abdul @NOKI K-CLIQUE @MK K-CLIQUE

♬ original sound – Badlicious – Badlicious

Gelagat sporting penyanyi-penyanyi tersebut bagaimanapun membuatkan ruangan komen juga ditinggalkan pelbagai reaksi seloroh ramai tentang situasi tersebut.

‘Mesti waktu Aina bangun…’

‘Aina ni molek sediakan kerusi sebelah pentas. Limited untuk dia’

‘Berdekah la hahhaa’

‘Ni kelakar hahaa’