Dilihat makan bersama, akhirnya ada gambar berdua Fyna Jebat & Zainal Abidin
Walaupun sudah mengaku berumah tangga, belum ada sebarang perkongsian Fyna Jebat bersama suaminya, Datuk Zainal Abidin Hassan berdua.
Sesetengah netizen juga masih tertanya-tanya kesahihan perkara itu walaupun adik kepada selebriti, Ayda Jebat mengakui sudah bernikah dengan jurulatih bolasepak itu.
Ada pun gambar berdua
Akhirnya, Fyna Jebat dan Datuk Zainal dilihat keluar makan berdua bersama pasangan pelakon, Datuk Mustapha Kamal dan isteri.
Perkara tersebut dikongsikan Mustapha menerusi TikToknya apabila memuat naik momen makan malam bersama.
@mustaphakamaal Salam … What a coincidence.. just stumbled across the legend Zainal Abidin Hassan. An old friend. All the best to both of you, congratulations.
Kebetulan jumpa kawan lama
Menurut kapsyen yang disertakan, pelakon senior itu mengatakan tidak sengaja bertemu rakan lamanya iaitu Datuk Zainal ketika keluar makan.
Dia juga telah mengucapkan tahniah diatas pernikahan pasangan tersebut walaupun dilakukan secara tertutup sebelum ini.
Tengok gambar ni baru percaya
Perkongsian tersebut telah menuai pelbagai komen dari netizen yang akhirnya ‘berpuas hati’ melihat Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat ada gambar bersama dengan suaminya, Datuk Zainal Abidin Hassan.
Mereka juga berseloroh berkenaan ‘Megah Holding’ memandangkan Mustapha Kamal sangat sinonim dengan watak ‘papa’ yang meneraju syarikat besar di dalam drama-drama Melayu di televisyen.
Papa nak tambah cawangan juga ke?
Orang Melaka je tahu?
Kawan macam ni la kita nak, random update
Selamat pengantin baru Fyna dan Datuk Zainal
Dia yang baik2, ajal maut di tangan Tuhan
Terdahulu, berita tentang penikahan antara Fyna Jebat dengan bekas pengendali pasukan Penang FC itu telah heboh diperkatakan di media sosial.
Selepas gosip tersebut bertebaran, akhirnya penyanyi itu mengaku bahawa sudah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Zainal Abidin ketika ditemubual sewaktu selesai menjayakan program Famili Duo.