Dipaksa makan ayam busuk dan cili padi antara siri penderaan kejam Siti Bainun terhadap Bella yang didedahkan saksi

Dipaksa makan ayam busuk dan cili padi antara siri penderaan kejam Siti Bainun terhadap Bella yang didedahkan saksi

Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella, telah diberi makan seperiuk nasi dicurah dengan cuka, kunyit, garam, kicap, cili dan kepingan cili serta ayam goreng busuk ketika bulan puasa oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Yasmin Nahar Mahmood, 18, penghuni Rumah Bonda, berkata Bella disuruh oleh Siti Bainun untuk menghabiskan nasi tersebut walaupun remaja itu kenyang kerana Bella telah curi-curi makan dan minum semasa ketiadaan Siti Bainun di rumah kebajikan itu.

“Ketika itu bulan puasa, Bella tidak makan nasi sebab dia terlampau kenyang kerana curi-curi minum air dan makan kerana di bilik dobi banyak barangan kering. Bella juga tidak dibenarkan makan dan minum sesuka hati, jadi Bella cari jalan untuk curi makan dan minum tanpa pengetahuan saya, Siti Bainun dan penghuni Rumah Bonda sebab dia takut.

“Apabila Siti Bainun balik malam itu dan dia dapat tahu yang Bella telah curi makan dan minum, Siti Bainun suruh dia (Bella) habiskan satu periuk nasi yang dicurah dengan cuka, kunyit, garam, kicap, cili dan kepingan cili,” katanya semasa pemeriksaan balas oleh peguam Asiah Jalil yang mewakili Siti Bainun pada perbicaraan kesnya yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja berumur 13 tahun itu.

Saksi pendakwaan kelima itu berkata Bella juga pernah menggoreng ayam yang telah busuk dan turut mengarahkannya (Yasmin) berbuat demikian sebelum menyuruh Bella menghabiskan lima ketul paha ayam.

Yasmin berkata Siti Bainun turut memberi Bella makan 20 biji cili padi dan meminta saksi itu atau seorang lagi penghuni Rumah Bonda, dikenali sebagai Aida untuk mengira 20 biji cili tersebut.

Disoal seorang lagi peguam Siti Bainun, Farhan Maaruf berapa kali kejadian itu berlaku dan adakah Siti Bainun meminta secara spesifik 20 biji cili padi itu, saksi itu menjawab: “Banyak kali juga dan memang Siti Bainun mahukan 20 biji cili itu”.

Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa kejadian itu berlaku beberapa kali seminggu.

Farhan: Boleh kata empat kali seminggu? Yasmin menjawab: Ok.

Farhan: Jadi kalau seminggu sudah 80 biji cili Bella makan, tak kan mulut Bella tak melelas, melecet atau merah? Yasmin menjawab: Mulut dia merah.

Farhan: Pada prosiding semalam, kamu kata Bella didera setiap hari selama empat bulan, jadi kalau kita kira lebih kurang 1,280 biji cili disumbat kepada Bella (dalam tempoh empat bulan) tak kan mulut Bella tak melelas atau melecet.

Yasmin: Dia (Bella) makan, lepas itu buang balik.

Disoal Farhan sama ada dia mengetahui tahap kepedasan cili itu, Yasmin berkata dia mengetahui