“Diperli, dimalukan dalan bilik meeting” – Ibu dedah sikap sebenar ‘sahabat’, punca Shuib keluar SRL
Baru-baru ini, Jep telah tampil memberi penjelasan untuk menghentikan ‘sinetron’ yang berlaku dalam kumpulan Sepahtu.
Jep dalam satu hantaran di Instagram, menceritakan mengapa Shuib tak muncul dalam rancangan Sepahtu Live Reunion (SRL).
Terbaru, ibu Shuib iaitu Salamiah Jalani tampil mendedahkan punca mengapa anaknya itu jauh hati. Sebagai ibu, dia tergerak hati nak mempertahankan anak dan menyokong keputusan tak menyertai SRL ketika itu.
Ibu Shuib tampil pertahankan anak, kongsi cerita pihaknya
Katanya. keputusan itu lebih baik daripada anaknya terus ditindas dan diperlakukan macam orang tak bermaruah.
Ibu Shuib juga mempersoalkan dimanakah ‘sahabat’ di saat rakan seperjuangan dikenakan tindakan. Dakwanya, sahabat itu sebaliknya memaki dan menghina Shuib di hadapan orang ramai.
Malah, ketika Shuib disiasat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), dia dikatakan dilayan seperti sudah bersalah oleh ‘sahabatnya’ itu.
Jelasnya lagi, jawapan Shuib sentiasa berubah ketika ditanya wartawan kerana masih mahu menjaga aib seseorang. Dia memberi alasan pergi kerana syarikat TV tapi sebenarnya itu bukan punca utama.