Disangkakan parut, aksi bangga Scha Elinnea tayang tatu di pehanya undang kecaman warganet

Disangkakan parut, aksi bangga Scha Elinnea tayang tatu di pehanya undang kecaman warganet

Isu kalangan artis Muslim tanah air memiliki tatu di anggota badan bukanlah sesuatu yang baru berlaku.

Antara kalangan artis Muslim negara ini yang pernah dikaitkan mempunyai tatu termasuklah Awi Rafael, Ammar Alfian, Miller Khan, Atilia Harun, Baby Shima, Tom dan model Alicia Amin.

Trend yang khabarnya semakin membiak, seakan dilakukan bagi mengesahkan status populariti yang dimiliki sesama rakan artis.

Terbaru isu tatu dikaitkan pula dengan adik kepada Scha Al-Yahya. Malah isu tatoo dengan Scha Elinnea memang tak akan pernah berpisah.

Baru-baru ini, pelakon Hati Tanpa Rasa itu sekali lagi menjadi buah mulut ramai apabila berkongsi foto berpakaian seksi, namun paling menonjol ialah lukisan seperti tatu pada bahagian paha kirinya.

Diva tidaklah terlalu terkejut tetapi mungkin orang lain terutama peminatnya kurang senang dengan perkongsian tersebut.

Difahamkan, foto tersebut dikongsi ketika pelakon itu ketika berlibur di sebuah lokasi percutian terkenal.

Agak berani jugalah Scha berkongsi foto sebegitu tetapi mungkin juga itu adalah tatu yang tidak kekal.

Orang pun tahu, Scha juga bukan kali pertama berkongsi foto menampakkan tatu tersebut, sebelum ini Diva pernah juga perasan cuma buat-buat tidak nampak sahaja.

Harap kalau pihak media ingin dapatkan penjelasan mengenai hal ini, janganlah mengelak pula ya.

DIVA: Ramai sebenarnya artis yang bertatu, malas saja media nak perbesarkan.

Sumber – Kosmo!Online