Disebabkan kejayaan ini, ‘confirm’ PN terduduk

Disebabkan kejayaan ini, ‘confirm’ PN terduduk

 

Ringgit tertinggi RM4.25, Inflasi terendah 3.8%

So far so very good. Jika berterusan, kesan langsung ekonomi Malaysia akan mula dinikmati rakyat selewatnya dalam masa 2 bulan dari sekarang iaitu hujung Mac 2023.

Rakyat yang kenyang & senang tidak akan mahu menukar kerajaan. Tahniah menteri Kerajaan Perpaduan yang terus bekerja mencari penyelesaian terbaik.

Bukan macam 33 bulan dulu, Ringgit jatuh pun kerajaan PN-PAS buat tak reti aje.

Ingat, jika kerajaan ini gagal, tidak ada kerajaan lagi yang mampu membuat lebih baik daripada kerajaan ini buat masa sekarang. But, so far so very good.

Ringgit tertinggi & inflasi terendah. Dua perkara ini banyak bergantung kepada keyakinan terhadap kerajaan yang memerintah pada hari ini.

Tiada kerajaan mampu menaikkan nilai matawang mereka. Yang kerajaan mampu hanyalah pegging atau menambat matawang sahaja. Menaik & menurunkan bergantung kepada keyakinan pasaran terhadap sesebuah kerajaan. Haa ni ilmu ni.

Alhamdulillah. Kerajaan Perpaduan ini tidak sempurna tapi ia jauh lebih baik daripada kerajaan PN-PAS. Sangat jauh. Ada hiccups sikit-sikit tu biasa & sentiasa diperbaiki. Menteri² terus bekerja. Sama-sama pantau untuk kebaikan bersama.

Amacam? Terduduk pembangkang kan?

Ariff Kadir Al-Katami
19 Years in Banking, Finance & Investment