Disoal akan kembali hidup bersama, Sera jawab masih dihantui kisah curang Shuk

Disoal akan kembali hidup bersama, Sera jawab masih dihantui kisah curang Shuk

“Bukan kerana saya jual mahal atau tidak menghargai usaha Shuk, cuma sudah banyak yang berlaku. Hati ini masih lagi terluka,” kata isteri kepada pelakon dan pelawak, Shuk Sahar iaitu Rossa Sera mengenai hubungannya dengan Shuk ketika ini.

Sera juga belum dapat memperincikan keputusan sama ada untuk kembali bersama suaminya atau memilih jalan perpisahan.

Sera atau nama sebenarnya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah menerusi sesi secara langsung di Tik Tok berharap peminat terus memberikan sokongan kepada mereka berdua.

“Sudah banyak kali sebenarnya soalan ini diajukan, tetapi saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat lagi. Walaupun kami masih lagi bersama atau tidak, saya berharap anda semua dapat memberikan sokongan walau apa jua keputusan yang kami ambil,” katanya, memetik Harian Metro.

Baru-baru ini, Shuk berkongsi videonya berlepas menunaikan umrah bersama Sera.

Menurut Shuk, umrah kali ini sangat istimewa kerana dapat bersama isterinya.

Berkongsi keterujaan yang sama, Sera menjelaskan apa jua keputusan mahkamah sama ada baik atau tidak, dia dan Shuk mahu menjadi lebih bertanggungjawab dalam menguruskan anak-anak mereka.

November tahun lalu, Sera mendedahkan dia sudah memfailkan cerai terhadap Shuk selepas pelawak itu didakwa curang.

Kemelut rumah tangga Sera dan Shuk belum menemui titik noktah walaupun berdepan pelbagai kontroversi.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 6; dan Nur Assyifatu Aimi, 3.