Disoal detik perkenalan dengan Hafidz Roshdi, ini jawapan Nurul Shuhada – “Bercinta secara Islamik tapi…”

Disoal detik perkenalan dengan Hafidz Roshdi, ini jawapan Nurul Shuhada – “Bercinta secara Islamik tapi…”

 

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada membuka sesi soal jawab di Instagramnya dan dihujani dengan pelbagai soalan dan kata semangat.

Apa yang menarik perhatian adalah ada individu bertanya bagaimana berlaku perkenalannya dengan Hafidz.

Kenal di universiti

Menerusi IG Story, Shuhada membuka ruang untuk para pengikutnya bertanyakan soalan dan salah seorang pengikutnya mengajukan soalan tentang tentang detik pengenalan dengan Hafidz.

Macam mana Shu kenal H? Berapa lama kenal? Dia pernah sembunyikan Shu dari orang lain ke?

Shuhada kemudian berkongsi cerita dan berkata permulaan kisah cinta apabila Hafidz sering memintanya untuk mengajar dalam pelajaran.

Mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas tiga tahun pengenalan.

Kenal masa dekat MSU, masa itu tak bercinta kan.. jadi memang dapat keputusan cemerlang dalam pelajaran. Dia suruh saya ajar dia dan ‘dating’ dekat perpustakaan.

Kenal dua tiga tahun sebelum berkahwin dan memang tak ada sembunyi apa-apa. Memang terbuka bercinta secara Islamik..tapi tu la, dia kata kita bukan ‘soulmate’ dia pula..

‘Allah bagi petunjuk..’

Dalam pada itu, terdapat satu pertanyaan yang juga menarik perhatian apabila Shuhada disoal tentang mengapa dia mengambil keputusan untuk berpisah.

Macam mana Kak Shu boleh decide untuk gerak dan tinggalkan H terus?

Menurut Shuhada, sebelum dia berkahwin Allah telah banyak memberikannya petunjuk.

Sebab banyak sangat petunjuk Allah bagi sebelum kahwin..lepas kahwin lagilah. Allah marah lah, sayang Aku ni.. sayang terlebih-lebih kan dah kena. Begitulah bahasa kasarnya.

Tinjauan mendapati selain diajukan pelbagai soalan, Shuhada juga dihujani dengan kata-kata semangat agar dia tabah menghadapi dugaan.