Disoal sama ada teruskan saman Ira Kazar atau tidak, ini jawapan padu Puteri Sarah

Disoal sama ada teruskan saman Ira Kazar atau tidak, ini jawapan padu Puteri Sarah

 

Ramai meluahkan rasa terharu bila lihat pengarah Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah berbaik semula.

Walaupun memilih untuk berpisah, mereka memutuskan untuk tidak bermusuhan dan meneruskan hubungan sebagai kawan.

Syamsul dan Puteri juga memutuskan untuk menarik semula dakwaan nusyuz sebelum ini.

Bagaimanapun, ramai juga menghujani ruangan komen Puteri di Instagram bertanyakan soal samannya terhadap isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar diteruskan ataupun tidak.

Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata itu, saman terhadap Ira serta keluarganya akan tetap diteruskan dan diperjuangkan.

Malah, Puteri juga kelihatan tegas dan yakin sewaktu menjawab pertanyaan seorang pengikutnya.

“Yes definitely…” – Puteri Sarah.

puteri sarah

Keputusan Puteri ini turut disokong pengikutnya dan kebanyakannya berharap agar wanita tersebut mendapat balasan atas segala perkara yang sudah dilakukan olehnya kepada pelakon tersebut.