Ditangkap gara-gara melancap di tempat awam, ini kenyataan rasmi PDRM

Ditangkap gara-gara melancap di tempat awam, ini kenyataan rasmi PDRM

Seorang lelaki yang melakukan onani di tempat awam baru-baru ini ditahan polis di Taman Intan di sini semalam

Memetik MalaysiaGazette, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh mengesahkan tangkapan itu ekoran dakwaan suspek melakukan perkara itu di Taman Delima di sini pada 17 September lalu.

Lelaki itu ditahan kira-kira 1.30 petang, katanya.

Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan saringan ujian air kencingnya didapati negatif.

“Polis telah melakukan Ops Cantas iaitu menangkap suspek yang melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam. Polis telah mengesan satu video tular yang berdurasi 34 saat di mana kejadian berlaku lebih kurang 1 pagi.

“Suspek telah melakukan perbuatan onani di sekitar Taman Delima, di sini.dan kes disiasat dibawah Seksyen 377 D Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga dua tahun