Ditegur isu ular sawa dan kucing, Aaron Aziz dedah hal sebenar

Ditegur isu ular sawa dan kucing, Aaron Aziz dedah hal sebenar

 

Gara-gara melangsungkan live TikTok menyaksikan penggambaran ular sawa diletakkan betul-betul atas sangkar kucing, pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz telah dikecam teruk sejak semalam.

Bahkan, Persatuan Haiwan Malaysia menerusi Instagram turut mengkritik perbuatan terbabit.

Aron Aziz mungkin tidak memahami negara Malaysia mempunyai Akta Kebajikan Haiwan 2015

Walaupun dipisahkan oleh sangkar besi, hakikatnya jarak reptilia yang terlalu dekat itu boleh memberikan tekanan dan rasa trauma kepada si bulus.

Jadi, mereka sempat menasihati aktor berkenaan supaya lebih peka dengan sebarang content di media sosialnya membabitkan isu haiwan domestik serta binatang liar.

Saya tanya berkali-kali pada pemilik ular tu “Kucing mana mana? Ganggu kucing tak?”

Kemudian, Datuk Aaron memuat naik klarifikasi lengkap selain meminta maaf atas khilafnya yang terlampau teruja membuat live tersebut lantaran pertama kali berlakon dengan ular.

Di satu sudut lain, dia mendedahkan sudah bertanya banyak kali tentang situasi tersebut, namun pemilik ular berkata semuanya okey sahaja kerana mendakwa reptilia itu cuma makan arnab.

@therealaaronaziz

Maafkan saya. Saya manusia biasa tapi bukan penzalim. @Animal Malaysia

♬ original sound – aaron aziz – aaron aziz

Takde siapa-siapa yang ada masa shooting tu yang boleh back up saya ke?

Penggambaran itu melibatkan lebih 20 orang termasuklah pemilik kucing dan juga ular, namun hingga sekarang tiada sesiapa yang tampil membela pihak Datuk Aaron.

Justeru adalah tidak wajar semua kesalahan diletakkan atas bahu artis ini semata-mata.