Dituduh bayar & sengaja reka cerita, Caprice dedah mesej Mondy dengan PA Ustaz

Dituduh bayar & sengaja reka cerita, Caprice dedah mesej Mondy dengan PA Ustaz

 

Selepas berkongsi pendedahan podcast dengan wanita bertatu dari Indonesia, Mondy Tatto, penyanyi rap, Caprice menyatakan ada segelintir individu yang mendakwa dia sengaja mereka cerita.

Ada laporan polis

Mondy Tatto

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Caprice memberitahu dia tidak bertindak membuta tuli sebaliknya mendakwa sudah melakukan laporan polis sebelum video itu dikongsikan di Youtube.

Dakwa Caprice, 35, dia juga sudah meminta Mondy untuk bertemu dengan pakar psikiatri bagi menjalani pemeriksaan selain mendapat keizinan sebelum merakam perbualan dengan pasukan lelaki berpewatakan alim itu.

Ramai mula tuduh saya saja bayar atau reka cerita bersama Mondy. Kali ini kita bijak sikit. Sebelum release podcast kita, kami sudah buat laporan polis, penilaian pakar psikiatri professional atas Mondy dekat hospital dan minta izin mangsa, kami rakam semua chat mangsa dengan pasukan ustaz tahun ini.

Sebelum kita DM (mesej) dan jemput Mondy minggu lepas (kali pertama berhubung dan berjumpa). Salah satu bukti cerita dia kena sentuh adalah satu WhatsApp chat antara Mondy dan bodyguard atau PA ustaz nama ‘Ajai’ pada 9 Julai 2023 tentang dia kena sentuh dan Mondy sendiri ulang yang dia takut.

Selain itu, dakwa pemilik nama Ariz Ramli, dia juga mempunyai beberapa bahan bukti lain yang sudah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Team kami ada beberapa bahan bukti lain dan sudah serah semua kepada pihak PDRM sebelum release Episod 1 podcast.

Tak ada masa nak fitnah!

Dalam pada itu, usahawan terbabit mendakwa pendedahan itu bukan untuk merosakkan reputasi penceramah bebas terkenal. Sebaliknya, Caprice ingin membantu mangsa-mangsa lain yang pernah diperlakukan seperti itu untuk tampil ke depan dan bersuara.

Kepada pihak-pihak yang tuduh kita reka atau bayar talent (Mondy) untuk saja reka cerita sebab nak jatuhkan seorang ustaz, ini adalah fitnah besar.

Kita tak ada masa nak jatuhkan sesiapa, hanya nak guna platform kita sekarang untuk bantu mangsa-mangsa dekat luar sana untuk bersuara dan kongsi. Insya-Allah satu hari nanti, keadilan di pihak mangsa-mangsa.

Pada Jumaat, Caprice memuat naik video podcast bahagian pertama dengan Mondy di Youtube. Dakwa Mondy, dia telah menjadi mangsa gangguan seksual sebanyak tiga kali oleh seorang individu berpewatakan alim.