Dituduh beri bunga dan kek kepada Syamsul Yusof tanda minta maaf, ini jawapan padu Puteri Sarah

Dituduh beri bunga dan kek kepada Syamsul Yusof tanda minta maaf, ini jawapan padu Puteri Sarah

 

Hubungan suami isteri yang ideal, di dalamnya sentiasa ada kasih sayang dan sikap kasihan belas kepada pasangan.

Namun, hubungan yang pada mulanya terjalin mesra boleh menjadi pudar kemesraannya itu menjadi tidak lagi harmoni disebabkan oleh sejenis perasaan dikenali sebagai tawar hati.

Perasaan jenis ini cukup sinonim dalam perhubungan lelaki dan perempuan, khususnya pasangan suami isteri.

Tawar hati kepada pasangan ialah satu perasaan yang tidak berkemahuan lagi untuk bersama-sama  dengan seseorang, bertindak untuk tidak mempedulikannya, tidak mahu mengambil tahu, sudah tiada lagi rasa bahagia dalam rumah tangga, hati tidak merasakan apa-apa, rasa kosong, tidak merasakan keseronokan apabila bersama pasangan sehinggakan hanya mengikut sahaja (flow) dan membiarkan saja apa-apa yang ingin berlaku dalam hubungan.

Tawar hati merupakan petanda yang jelas bahawa hubungan sedang berada dalam konflik, sama ada yang sudah berkahwin atau belum berkahwin. Bila sudah tawar hati, mulalah rumah tangga menjadi dingin dan lama kelamaan membawa kepada kehancuran.

Setiap pasangan yang tidak dapat menyelesaikan konflik akan memilih untuk pembubaran perkahwinan.

Berbahas soal ini, baru-baru ini media hiburan sekali lagi dikejutkan bahawa pelakon, Puteri Sarah  didakwa telah memberi sebiji kek dan sejambak bunga kepada bekas suami, Syamsul Yusof sebagai tanda maaf, pelakon Puteri Sarah Liyana pantas menangkis dakwaan tersebut.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menjelaskan, pemberian berkenaan adalah untuk bekas mentua, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah, bukannya bekas suami.

Puteri Sarah

“Warga Facebook pun mulalah komen kata Sarah macam-macam. Eh hello, lambat lagi. Bunga dan kek itu untuk Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah,” tulisnya dalam Instagram.

Pada masa sama, ibu kepada dua orang cahaya mata itu meminta agar netizen tidak menyebarkan gosip murahan tanpa mengetahui keadaan yang sebenar.

“Tolonglah jangan buat gosip murahan sebab warga Facebook ni aneh-aneh,” luah aktres berusia 38 tahun itu lagi.

Terdahulu, Puteri Sarah telah didakwa menjadi punca sebenar keretakan rumah tangga antaranya dengan Syamsul gara-gara sikap ‘kasar’, bukannya kehadiran Ira sebagai orang ketiga.

Individu terbabit difahamkan bermati-matian membela anak kepada aktor Kazar Saisi itu selepas dia bercakaran dengan netizen gara-gara ‘content’ Instagram miliknya dijadikan topik kecaman netizen.

Puteri Sarah kemudian tampil memberikan komen balas, namun individu sama menyebut tidak kisah jika disaman aktres itu.

Pergaduhan dalam ruangan komen berhenti setelah Puteri Sarah menoktahkan pendapat individu tersebut dengan komen yang agak pedas.

“Rasanya kau yang kalah. Sebab netizen macam kau kan bodoh baca apa yang ada je tak tau cerita sebenar dalam mahkamah tak keluar semua,” tegasnya.

Puteri Sarah Liyana dan Syamsul bercerai pada 14 Jun lalu dengan talak satu selepas melalui proses mahkamah yang panjang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.