Dituduh berlagak, ini jawapan keras Cikgu Fadli Salleh terhadap Cikgu Izzat Johari

Dituduh berlagak, ini jawapan keras Cikgu Fadli Salleh terhadap Cikgu Izzat Johari

Pengguna media sosial tanah air digemparkan dengan pergaduhan di antara 2 orang aktivis pendidikan hari ini.

Ianya berikutan penerbitan beberapa siri hantaran sindiran yang dilakukan oleh Cikgu Izzat Johari terhadap Cikgu Fadli Salleh mengenai isu hangat yang menjadi topik perbincangan warga pendidik dan wargamaya baru-baru ini.

Dalam hantaran menerusi FB miliknya, Cikgu Izzat menulis…

SEBAB TU CIKGU JANGAN BERMUSUH DENGAN CIKGU DALAM PERJUANGAN PENDIDIKAN NEGARA

Sekarang baru kamu tahu siapa sebenarnya musuh kamu. Jangan lagak-lagak sangat dulu. CIJ masih ingat lagi, ‘beliau’ menuduh macam-macam kepada CIJ sedangkan ketika CIJ berjuang isu pendidikan sehingga dibuang kerja, batang hidung ‘beliau’ pun tak wujud.

Hari ini, الله tunjukkan sekali lagi bagaimana perasaan, bagaimana kekusutan dalam perjuangan. Selamat datang ke ‘kelab perjuangan sebenar’.

Jangan lawan cikgu.
Ingat sampai mati.

Ikhlas,

Cikgu Izzat Johari
Aktivis Pendidikan Negara
Isu PBS, PMR dan PT3 Tahun 2012-2015

#MansuhPBS
#ZamanPendidikanGelap

 

Enggan lagi berdiam diri selepas namanya acapkali dipetik Cikgu Izzat di dalam hantarannya, Cikgu Fadli Salleh tampil menjawab sindiran yabg ditujukan terhadapnya diruangan komen hantaran FB Cikgu Izzat tersebut.

Balasnya…

Kuat sangat petik nama saya ni, saya respon la sekali. Karang makan hati tak respon langsung.

Liga kita berbeza. Awak punya tujuan semua ke arah politik. Semua untuk sokongan dan undi.

Saya punya perjuangan untuk generasi dan anak-anak didik.

Awak melobi untuk jadi calon, saya orang calonkan pun saya tolak. Jauh beza kita dua. Sangat jauh.

Awak main la game awak tanpa perlu petik nama saya.

Matlamat kita berbeza. Liga kita pun berbeza. Stop peduli cara saya, kerana saya tak peduli pun cara kamu.

Itu sahaja.

Sehingga berita ditulis, sokongan yang diterima Cikgu Fadli terhadap komen tersebut sangat mengejutkan apabila berjaya menghimpunkan tanda suka mencecah 6 ribu pengguna.

Cikgu Izzat Johari merupakan aktivis pendidikan yang berjuang menghapuskan sistem PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) sehingga menyebabkannya dipecat sebagai guru oleh KPM pada 2015 dahulu.

Nasib yang sama turut dialami oleh Cikgu Fadli selepas kelantangannya memperjuangkan isu beg berat, silibus terlalu tinggi dan bilangan murid terlalu ramai dalam sebuah kelas itu menyebabkannya menerima surat tindakan pecat daripada KPM.

Sehingga kini, isu melibatkan Cilgu Fadli turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang meminta agar isi tersebut diselesaikan secara baik.

Menteri Pendidikan, Radzi Jidin sebelum itu dalam responnya telah mengundang Cilgu Fadli bertemunya bagi membincangkan isu tersebut selepas diserang netizen di media sosial.

Namun rata-rata pengguna media sosial menganggap tindakan berlembut yang diambil pihak kerajaan dalam isu ini hanyalah sekadar cuba mengambil ‘mileage’ politik tatkala negara sedang berdepan ‘mode’ Pilihanraya Umum ke-15 tidak lama lagi.