Dituduh curang masa kerja pramugari, menantu Zainal Abidin dedah 6 tahun suami tak bekerja

Dituduh curang masa kerja pramugari, menantu Zainal Abidin dedah 6 tahun suami tak bekerja

 

Retak sanubari seorang ibu apabila dihalang berjumpa dengan anak kandung sendiri. Itulah dilema yang dilalui oleh Suzorsofea Smethjaya setelah suaminya, Zaiza Zainal Abidin dilihat bersikap tidak matang menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka. Ini termasuklah seakan sengaja melambat-lambatkan proses lafaz talak kepada wanita berkenaan.

Kalau I selingkuh, mana buktinya? Tunjuk pada I

Sekali lagi pada semalam, Suzorsofea yang juga bekerja sebagai seorang pramugari meluahkan terkilan kerana dituduh berskandal semasa bertugas. Kerja kerasnya mencari rezeki selama ini semuanya demi anak-anak mereka. Maka dia menyifatkan fitnah melampau yang dilakukan oleh Zaiza adalah sentimen permainan sahaja.

@sofiasmeth

Share your destination with MH. Flight kemana korang penah pegi dgh MH?

♬ suara asli – kepolo – AZ

Kenapa nak tangguhkan? Pastu dia memandai-mandai pindahkan ke tarikh lain

Sebagai seorang muallaf, dia akui tidak begitu familiar dengan prosedur lafaz talak di mahkamah syariah. Saat sudah sampai ke sana bagi menghadiri prosiding pertama, Suzorsofea terkejut kerana Zaiza tidak muncul seperti yang dijanjikan. Atlet bola sepak terbabit melalui peguamnya malah memindahkan perbicaraan ke satu tarikh lain.

Dituduh Selingkuh Masa Kerja Pramugari, Isteri Dedah 6 Tahun Zaiza Tak Bekerja

You jangan nak tindas I eh Zaiza…Kalau betul I selingkuh, talak I sekarang juga

Selama 6 tahun bernikah, difahamkan Zaiza tidak bekerja dan keperluan anak-anak dicukupkan oleh Suzorsofea. Enggan lagi proses berkenaan dilengah-lengahkan, menantu Datuk Zainal Abidin ini menuntut agar lelaki tersebut segera melafazkan talak dan mengakhiri sengketa mereka.