Dituduh ganggu keamanan jiran T20 hingga cetus kemarahan, Ammar Nazhan tak teragak-agak cari & failkan saman

Dituduh ganggu keamanan jiran T20 hingga cetus kemarahan, Ammar Nazhan tak teragak-agak cari & failkan saman

Nama YouTuber terkenal Malaysia, Ammar Nazhan ini sekali lagi meniti di bibir netizen. Sejak semalam, seorang penduduk di sebuah kawasan perumahan mewah, Lakefront Villa, Cyberjaya, Selangor berkongsikan sebuah keluhan bersama figura terkenal, @Cikgu Fadli Salleh.

 

Kami jiran-jiran datang sound, dah tak tahan cikgu…Dia buat kami tunggu 20 minit

Menurut individu tersebut, keharmonian mereka di perumahan itu seakan terganggu akibat perbuatan kumpulan content creator ini. Ia termasuklah dengan dakwaan mereka bertelagah dengan pengawal keselamatan, tidak mendaftar bilangan penghuni dalam rumah, membuat bising pada malam hari serta berdua-duaan di taman dalam keadaan gelap.

Cakap kasar dengan jiran, tak boleh tegur

Tambah individu itu lagi, ada staf YouTuber berkenaan yang didakwa memakir kereta di hadapan rumah penduduk lain sambil menghisap vape. Apabila ditegur, katanya pihak berkenaan melenting seolah-olah tidak menerima nasihat. Hingga kini, pendedahan tersebut sudah mendapat lebih 1k shares di Facebook.

Walau bagaimanapun, sebentar tadi @Ammar Nazhan menerusi Instagramya telah mengeluarkan penafian mengenai informasi tidak tepat yang didedahkan oleh individu terbabit.

 

Jika berani, tolong jumpa saya sebelum keluarkan kenyataan – Ammar

Tegas pemuda ini, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman kepada pihak yang menyebarkan tuduhan tanpa bukti kukuh. Tambahnya lagi, spekulasi yang berlegar itu seakan mempunyai motif untuk mencalarkan imej mereka.