Dituduh kaki buli masa sekolah, ini respon Uqasha Senrose, “Kak Yongnya aku ni ye…”

Dituduh kaki buli masa sekolah, ini respon Uqasha Senrose, “Kak Yongnya aku ni ye…”

 

Pelakon Uqasha Senrose meluahkan rasa terkilan apabila menjadi mangsa fitnah seorang individu yang menuduh dirinya pembuli semasa zaman persekolahan.

‘Siapa yang buli mental siapa ini?’

Menerusi ciapan di Twitter akui terkejut dan trauma dengan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan individu terbabit.

Allahukhabar selepas semua yang terjadi kepada saya dan suami, muncul pula fitnah menuduh saya sebagai pembuli. Dengan satu gambar, saya dicop sebagai pembuli. Siapa yang buli mental siapa ini? Dalam foto tersebut siapa yang ceria?

Terbaharu, Uqasha telah tampil membuat siaran langsung di TikTok untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang dilemparkan individu terbabit. Tambah pelakon berusia 31 tahun ini, dia tidak tahu apa niat individu terbabit melemparkan fitnah sedemikian sedangkan perkara itu sama sekali tidak benar.

Apa niat awak? Sampai trending, buruknya nama saya orang cakap saya kaki buli. Senang cerita, kalau anak awak kena buli. Saya pembuli, anak awak takut nak pergi sekolah sampai bunuh diri segala. Awak tak beritahu mak awak? Mak awak tak jumpa pihak sekolah? Sekolah kita tak ada cikgu disiplin?

Tidak terhenti di situ, isteri kepada Kamal Adli ini meminta individu terbabit mengemukakan bukti sekiranya benar dirinya adalah mangsa buli seperti yang didakwa.

Sejak bila saya pembuli? Saya boleh hadapkan semua budak-budak sekolah saya, cikgu-cikgu betul ke saya pembuli. Saya berani sebab saya nak tahu juga, apa kau cakap tu bagi bukti. Tolong lah, saya nak bukti sangat.

Kak yong nya aku ni ye, kuatnya saya sampai takutnya awak dekat saya. Saya yang pindah sekolah, macam mana dia cakap dia yang pindah sekolah.

Uqasha kini menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk menjalakan siasatan lanjut. Uqasha turut meminta orang ramai supaya jangan terburu-buru menilai sesuatu perkara sebaliknya dengarlah daripada kedua-dua pihak.

Jangan jadi otak singkat atau kurang bijak konon-konon nak backup. Jangan dengar sebelah pihak.