Dituduh tidur sekatil dengan kekasih hati, jawapan wanita ini buat netizen panas

Dituduh tidur sekatil dengan kekasih hati, jawapan wanita ini buat netizen panas

Meskipun baru sahaja memenangi artis paling popular undian peminat Malaysia, pelakon yang tidak sunyi dengan kontroversi ini sentiasa mencuri tumpuan peminatnya.

Sebelum ini, dia pernah membuat pengakuan menggemparkan apabila mengaku pernah cuba membunuh diri kesan daripada penyakit bipolar yang dihidapinya.

Terkini, pelakon seksi ini sekali lagi menjadi tumpuan gara-gara dituduh tidur sebilik dengan kekasihnya, Dinu Schayzmann selepas memuat naik video bercuti di London pada bulan lalu bersama kekasih hatinya.

Malas layan komen mengarut

Menurut perkongsian portal hiburan OhBulan!, Janna, 27, menyatakan dia sedar dengan tuduhan yang dilemparkan netizen namun memilih untuk tidak melayan gosip tersebut.

Tegas pemilik nama Nurul Jannah Munir, dia kini mementingkan kesihatan mental daripada membalas komen tidak logik.

“Saya ada melihat dan ternampak komen netizen namun memilih untuk mengutamakan kesihatan mental saya.

Oleh itu, saya tidak melayan komen-komen begitu. Cukuplah mereka yang perlu tahu kebenaran”.

Janna ditemui ketika majlis pelancaran produk terbaharunya White Fluffy di De.Wan 1958, The Linc Kuala Lumpur pada Rabu.

Bukan berdua tapi ramai ada

Dalam pada itu, pelakon drama Marry Me Senorita menjelaskan dia tidak berdua dengan Dini tetapi percutian itu turut disertai ahli keluarga, barisan pelakon telefilem arahannya serta krew produksi.

“Percutian ke London turut disertakan dengan kerja serta penggambaran. Bukan kami berdua saja, malah ada ibu bapa, adik-beradik, barisan pelakon lain serta kru produksi.

Jadi dari situ sudah boleh tahu sama ada kami tidur sebilik atau tidak. Lihat situasi logik ke tidak nak tidur sebilik”.

Terdahulu, video yang menayang kegembiraan bercuti bersama Dini di Instagram telah menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

Rata-ratanya mula bertanya sama ada Janna dan Dini tinggal di bilik berasingan selama bercuti di luar negara itu.

Untuk info, Janna dan Dini mula menjalin hubungan cinta sejak Jun 2019.