Diuji dengan masalah jantung, ramai terkejut lihat keadaan Nas Ahmad
Terkenal dengan segmen ‘Terjah!!’ di sebuah rancangan hiburan, bekas wartawan Nas Ahmad kini berdepan dengan ujian berat apabila disahkan menghidap penyakit jantung.
Perkara tersebut dikongsi oleh pengacara terkenal tanah air, Ahmad Fedtri Yahya di laman Twitter miliknya pada Rabu.
Menerusi ciapan tersebut, Fedtri memaklumkan mengenai perkembangan terkini wartawan Terjah!! itu.
“Perkembangan terkini Nas Ahmad Terjah. Difahamkan, beliau diuji dengan masalah jantung,” kata ciapan tersebut.
Beliau turut mengepilkan sekeping gambar Nas Ahmad berpakaian pesakit hospital yang dilapikkan dengan jaket dan kopiah, memaparkan kuntuman senyumannya.
Menjengah di laman Instagram Nas Ahmad, dalam gambar terbarunya dia berkongsi gambar kaki dan tongkatnya.
“Asalnya berdua, tiba-tiba…alamak bertiga!
“Sabar sambut dugaannya, usaha dan berdoa agar kembali berdua semula nanti…dengan izin-Nya,” memetik kapsyen gambar itu.
Sementara itu, di ruangan komentar rata-rata pengguna media sosial meninggalkan doa serta kata-kata semangat buatnya.
“Syafakallah, Abang @nasahmad.terjah moga segera sembuh seperti sediakala dan dipermudahkan laluan hidup dunia akhirat. Amin,” kata eve_vipbosses.
“Syafakallah abang. Semoga dipermudahkan urusan dan segera sembuh,” doa damianmikhailmusic kepadanya.
Perkembangan terkini Nas Ahmad Terjah. Difahamkan, beliau diuji dengan masalah jantung. pic.twitter.com/LFmHaTPB1l
— Fedtri Yahya (@fedtriyahya) January 4, 2023
Sumber: Fedtri Yahya via Twitter