“Doa je yang mampu..” – Peguam luah rasa kesal terhadap Siti Bainun?

“Doa je yang mampu..” – Peguam luah rasa kesal terhadap Siti Bainun?

 

Umum mengetahui pada Mei lalu, pihak Hakim Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella.

Simpati Terhadap Anak Guam

Terkini, salah seorang peguam Siti Bainun, Nurul Hafidzah Hassan menerusi Insta Stories dilihat meluahkan rasa simpati terhadap anak guamnya yang berada di penjara di saat dirinya sedang berada dalam keadaan selesa di rumah.

“Kadang-kadang rasa tak mampu jadi peguam. Teringat tak boleh tidur bila anak guam tak dapat balik dan tinggal di penjara. Yang kena reman sehari dua pun macam nak pecah nyawa teringat kita di rumah beralas tilam dan bantal empuk. Makan sedap pagi petang.” – luah Hafidzah di Instagram

“Doa Je Yang Mampu Sementara Tunggu Keajaiban…”

Tambahnya lagi, dirinya kini hanya mempu menitipkan doa sementara menantikan keajaiban berlaku buat Pengasa Rumah Bonda berkenaan.

“Ingat dah tak payah hadap lagi. Rupanya masih kena hadap. Kali ni lebih teruk. Dan masih kena hadap. Kali ni lebih teruk. Dan masih tak dapat ubah mental sendiri sebab memang sangat ambil kisah, sangat terkesan.

Doa je yang mampu sementara tunggu keajaiban buat @deknon_bubbles (Siti Bainun).” – tulis Hafidzah lagi

Dipetik dari laporan Harian Metro, pihak Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan Pengasas Rumah Bonda, Siti Binun Ahd Razali untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman atas kesalahan mendera dan menganiaya remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella.