Doktor cadang JPA senaraikan Covid-19 penyakit berjangkit

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) wajar dengan segera memasukkan COVID-19 sebagai salah satu penyakit berjangkit dalam senarai yang membolehkan ibu/bapa/penjaga mendapatkan cuti kuarantin (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2016)
Sebab:
1. Semakin ramai anak-anak dijangkit COVID-19 hari ini dan ketiadaan peruntukan kuarantin menyebabkan kesukaran buat ibu/bapa/penjaga.
2. Mengikut SOP terbaru, tiada kuarantin untuk kontak rapat yang telah lengkap vaksinasi, termasuk ibu/bapa/penjaga.
3. Tiada pengasuh, nurseri, tadika, transit atau sekolah yang sedia terima anak-anak yang positif COVID-19. Ibu bapa tiada pilihan melainkan menjaga sendiri anak-anak.
4. Pilihan menghantar anak-anak positif COVID-19 untuk dijaga oleh datuk/nenek yang rentan bukanlah pilihan yang baik. Ia juga boleh menyebabkan jangkitan semakin meluas.
5. Berbanding penyakit demam denggi dan malaria yang telah ada dalam senarai, penyakit COVID-19 adalah lebih mudah berjangkit dan bahaya. Denggi dan malaria memerlukan nyamuk sebagai perantara jangkitan, manakala COVID-19 boleh berjangkit secara terus dan lebih perlu untuk dimasukkan dalam senarai.
Mohon mencadang.
Sumber – Dr Azizul Salehudin