Doktor melenting marah pesakit guna gelaran ‘kak’ ketika dirawat
Tak terfikir pula nak panggil gelaran lain selain daripada ‘doktor’ masa dapatkan rawatan dekat klinik mahupun hospital selama ni.
Mmetik laporan Sinar Harian, kejadian yang berlaku di sebuah hospital itu sememangnya tidak patut berlaku.
Difahamkan, seorang pesakit telah memanggil doktor yang merawatnya dengan gelaran ‘kak’ ketika sedang memberitahu sakit yang dialami.
Reaksi doktor tersebut sangat mengejutkan kerana dalam nada yang agak keras menegur pesakit tersebut secara tiba-tiba.
Bukak kak.. doktor. Kita bukan berada di pasar malam.
Sememangnya kejadian tersebut membuat individu tersebut menahan rasa malu tetapi pesakit itu tidak melakukan sebarang kesalahan dengan memanggil gelaran ‘kak’.
Menurut laporan Sinar Harian lagi, barangkali pesakit tersebut jarang berdepan dengan doktor hingga menyebabkan dirinya tersasul ataupun mahu kelihatan lebih mesra dengan memanggil seperti itu.
Namun besar sangatkah gelaran doktor sehingga tergamak memarahi pesakit hanya kerana tidak dipanggil doktor.
Adakah gelaran dunia doktor ini lebih penting daripada mengecilkan hati insan lain yang merupakan satu dosa. Bukan boleh bawa mati pun!