Doktor muda ini buat perbandingan antara air Evian dan Spritzer

Doktor muda ini buat perbandingan antara air Evian dan Spritzer

Media sosial baru-baru ini dihangatkan dengan perkongsian satu mesyuarat kabinet yang dihadiri Perdana Menteri, Ismail Sabri.

Apa yang menjadi tumpuan wargamaya ialah mengenai air mineral yang menjadi hidangan sewaktu mesyuarat tersebut.

Air mineral yang menjadi perdebatan hangat dikalangan pengguna media sosial itu ialah dari jenama mewah Evian, mineral import yang terhasil daripada mata air banjaran Alps, di Peranchis.

Wargmaya turut membandingkan harga sebotol Evian dengan mineral tempatan yang ternyata jauh lebih murah dan jimat.

Namun, menerusi video yang dikongsikan seorang doktor muda yang berkhidmat di The KL Sky Clinic bernama Doktor Roland, dia telah berjaya menemukan jawapan kenapa harga Evian dijual lebih mahal berbanding Spritzer.

.
Walaubagaimanapun, sebaik mana pun mineral Evian tersebut, tidak seharusnya ia dijadikan minuman anggota mesyuarat kabinet yang sudah dibayar gaji yang sedia banyak itu.

Jadikan minuman peribadi cukuplah.

Sumber – Facebook The KL Sky Clinic