Doktor P4lestin sanggup berbasikal dan redah runtuhan demi rawat pesakit di G4z4

Doktor P4lestin sanggup berbasikal dan redah runtuhan demi rawat pesakit di G4z4

 

Seorang doktor di Gaza, Palestin telah menjadi perhatian dan inspirasi kepada masyarakat apabila dia telah sanggup mengayuh basikal dan meredah runtuhan bangunan yang telah rosak akibat dibom oleh rejim Zionis untuk merawat pesakit.

Memetik laporan CBS News, doktor yang dikenali sebagai Hassan Zain al-Din itu telah memutuskan untuk mengayuh basikal kerana dia telah kehabisan minyak petrol untuk memandu keretanya di Gaza.

Difahamkan, doktor ini juga terpaksa mengayuh dan berulang-alik lebih 14 kilometer antara Pusat Penyakit Kronik di Gaza dan sekolah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta pusat tempat tinggal sementara pesakit-pesakitnya.

Kecekalannya untuk merawat pesakit walaupun ketika dalam situasi tegang sangat menginspirasikan kerana di sesetengah kawasan, dia terpaksa memikul basikalnya kerana kawasan tersebut rosak teruk dan menyukarkannya untuk mengayuh.

Menurut Doktor Hassan juga, ramai pesakitnya yang kehilangan ubat-ubatan mereka di bawah runtuhan bangunan, jadi dia dan doktor-doktor lain perlu mengunjungi mereka di sekolah yang dijadikan pusat perlindungan sementara untuk memberi rawatan susulan dan ubat baru.kepada pesakit-pesakitnya yang menghidap tekanan darah tinggi dan diabetes kerana golongan ini lebih berisiko.

Ini kerana di sana, sukar untuk pesakit datang sendiri ke hospital jika keadaan mereka bertambah buruk kerana sistem perhubungan jalan yang sudah rosak dan bekalan petrol yang semakin berkurang.