Doktor sangka keracunan makanan atau gastrik, remaja 13 tahun hamil hasil hubungan dengan senior sekolah

Doktor sangka keracunan makanan atau gastrik, remaja 13 tahun hamil hasil hubungan dengan senior sekolah

Masalah kerosakan akhlak remaja zaman kini semakin menjadi-jadi. Ada yang bersikap baik seperti malaikat di rumah, namun sebenarnya liar apabila berpeluang keluar bersosial. Terkadang ibu ayah sendiri sudah mendidik sebaik-baiknya, namun godaan syaitan lebih besar dari segala-galanya.

Aku suspek budak ni tersalah makan atau lambat makan, tapi ibunya cakap takde

Seorang pakar perubatan, Dr Intan berkongsikan satu kisah yang terjadi ketika beliau menjadi doktor pelatih yang ditempatkan di sebuah perkampungan dahulu. Suatu hari pada jam 8 malam, sepasang suami isteri datang membawa anak gadis mereka yang dikatakan sudah 5 hari alami muntah-muntah selain menolak makan minum. Daripada pemeriksaan awal yang dibuat, Dr Intan cuma syak kemungkinan remaja 13 tahun itu keracunan makanan ataupun gastrik sahaja.

 

Gambar sekadar hiasan

 

Berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu, jururawat aku syak mungkin anak ini hamil

Untuk mengawal muntah dan simptom lesu, Dr Intan sempat memberi makan ubat kunyah buat sementara waktu. Tiba-tiba, seorang jururawat mendekati Dr Intan dan cadangkan supaya remaja itu menjalani ujian air kencing. Hasil pertanyaan lanjut, gadis tersebut memberitahu dia sudah datang bulan sejak setahun lalu, kitaran juga normal dan selalunya berlaku pada awal bulan. Tapi saat diperiksa ketika itu, sudah lebih daripada 20 hari dia tidak didatangi haid.

Si ayah tanya “Apa kau dah buat?”…Kemudian si anak pun meraung tak jawab apa-apa

Ibu ayah akhirnya bersetuju anaknya membuat ujian kehamilan. Apa yang ditakutkan kini menjadi realiti. Remaja menengah rendah itu disahkan hamil luar nikah dan rupanya itu adalah hasil berhubungan badan dengan seorang senior menengah atas di sekolahnya. Jelas doktor ini, statistik isu kehamilan luar nikah semakin meningkat hatta di kawasan pedalaman yang tiada jaringan internet sekalipun. Sebenarnya ia banyak berlaku di luar sana cuma tidak semuanya dilaporkan kepada publik.

 

@dr.intanrachmita

Deteksi kehamilan pada anak/remaja di luar pernikahan begitu syulit. Makanya sering ketahuan ketika kehamilan sudah masuk di trimester akhir. 🤧🥲 #belajarbareng #foryoupage #edukasi #edukasikesehatan #viraltiktok #tiktok #fyp #fypシ #TikTokImpact #sexeducation

♬ Tutur Batin – Yura Yunita