Membilas mulut dengan air garam mampu menjadi salah satu cara semula jadi dalam merawat masalah ulser. Walaupun menyakitkan, ia dapat membantu mengeringkan ulser mulut.
2. LETAK SODA PENAIK
Bahan ini dianggap dapat mengembalikan keseimbangan pH dan mengurangkan masalah keradangan, yang dapat menyembuhkan mata ikan.
Caranya adalah:
– Larutkan 1 sudu teh baking soda dalam 1/2 cawan air.
– Kumur larutan ini selama 15 sehingga 30 saat, kemudian buangkannya.
– Ulangi setiap beberapa jam mengikut keperluan.
3. LETAK MADU
Madu terkenal dengan elemen anti bakteria dan anti radang. Menurut kajian, madu berkesan untuk mengurangkan sakit, mengecilkan, dan meredakan kemerahan ulser.
Caranya adalah:
– Sapukan madu pada tempat yang sakit 4 kali sehari.
4. MINYAK KELAPA
Minyak kelapa mempunyai kemampuan anti mikroba. Ia boleh menyembuhkan ulser yang disebabkan oleh bakteria dan mencegahnya daripada merebak.
5. SUPLEMEN VITAMIN B
– Kebarangkalian untuk mendapat ulser mungkin lebih kerap berlaku sekiranya anda mempunyai diet rendah vitamin B-12.
6. MINUM BANYAK AIR
– 8 gelas air atau lebih setiap hari diperlukan dalam proses penyembuhan mata ikan.
Selain itu, elakkan minum kopi dan air bersoda, kerana ia dapat merengsakan lagi dan menghalang proses penyembuhan yang betul.
PUNCA BERLAKU MATA IKAN
– Tergigit bahagian dalam pipi secara tidak sengaja.
– Kecederaan ketika memberus gigi.
– Pemakaian gigi palsu atau pendakap gigi.
– Tidak menjaga kebersihan mulut.
– Akibat melecur kerana makan makanan panas.
– Berlaku kerengsaan akibat menggunakan antiseptik yang kuat seperti ubat kumur.
– Jangkitan virus seperti virus herpes simplex.
– Mengalami reaksi terhadap ubat-ubatan tertentu.
– Ruam kulit di mulut (lichen planus)
– Penyakit autoimun.
– Penyakit gastrousus seperti penyakit Crohn.
– Kanser mulut.
Semoga bermanfaat!