Dr Akmal tempelak Nga Kor Ming isu logo Dap pada ‘mock cheque’ sumbangan bantuan sekolah

Dr Akmal tempelak Nga Kor Ming isu logo Dap pada ‘mock cheque’ sumbangan bantuan sekolah

 

Pemuda UMNO menegur rakan sekutunya DAP kerana menggunakan logo parti itu pada replika cek sumbangan kerajaan yang diberikan kepada sekolah di Perak.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh meminta penjelasan daripada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berhubung majlis sumbangan berkenaan.

“Adakah sumbangan ini dari pihak kerajaan?

“Dan jika dari pihak kerajaan, apakah kaitan logo DAP berada di mock up cheque sumbangan tersebut?” katanya menerusi akaun Facebooknya pada Rabu.

Tegas Dr Muhamad Akmal, pihaknya turut meminta Ahli Parlimen Teluk Intan itu tidak bertindak bodoh apabila sudah memegang jawatan menteri.

Dalam hantaran sama, beliau turut memuat baik gambar keratan akhbar wakil sekolah yang menerima sumbangan disampaikan Kor Ming baru-baru ini.