Dr Che Hafiz terkejut, Lufya Omar tuntut mutaah RM1 Juta

Dr Che Hafiz terkejut, Lufya Omar tuntut mutaah RM1 Juta

 

Meskipun sudah lama berlalu, namun kemelut di antara pelakon Lufya Alana dan juga bekas suami iaitu Dr. Che Muhammad Hafiz masih lagi belum menemui penghujungnya. Malah kisah mereka ini turut melalui beberapa episod seperti tuntutan nafkah serta hak bertemu anak tunggal, Laana Haura.

Julia Farhana teman suami, siap datang salam baik-baik dengan Lufya

Terdahulu, masalah di antara bekas pasangan suami isteri tersebut sempat memanas sebelum Dr. Che Muhammad Hafiz melangsungkan perkahwinannya dengan selebriti Julia Farhana Marin. Terbaru, isteri yang dinikahi Disember tahun lalu dilihat turut menemani pegawai perubatan berkenaan ke mahkamah untuk selesaikan tuntutan difailkan oleh Lufya. Malah ketika tiba di perkarangan, wanita tersebut yang berjubah putih dilihat dengan tenang menghulurkan tangan bersalaman dengan bekas isteri kepada suaminya berkenaan.

Lufya buat tuntutan Mut’ah berjumlah RM1 Juta

Menerusi portal Gempak, Dr. Hafiz telah pun menerima notis tuntutan Mut’ah berjumlah RM1 juta meskipun sudah berpisah sejak 3 tahun lalu. Akui merasa terkejut dengan khabar tersebut, namun lelaki berkenaan enggan beri komen apa-apa kerana melibatkan privasi serta hormat akan pasangannya sekarang. Sekadar info, tuntutan Mut’ah adalah saguhati bekas suami kepada bekas isteri selepas berpisah dan Lufya telah melakukan tuntutan sekitar Oktober tahun lalu.

Pernah jalani proses sulh tapi tak temui kata sepakat

Meskipun pernah menjalani proses sulh (majlis perbincangan), namun kedua-duanya tidak menemui kata sepakat. Sementara itu, peguam yang mewakili Dr Hafiz mengesahkan nilai tuntutan tersebut namun mengatakan semuanya dalam proses perbincangan serta bakal ditentukan oleh mahkamah ikut syarat-syarat tertentu.