Dr Mariah dakwa Selangor hanya peroleh 615 000 dos vaksin, sindir Khairy mangsa ‘scam’ pegawainya sendiri

Dr Mariah dakwa Selangor hanya peroleh 615 000 dos vaksin, sindir Khairy mangsa ‘scam’ pegawainya sendiri

Kerajaan Selangor mempertikaikan data mengenai dos vaksin yang diberikan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), yang menunjukkan bahawa lebih dua juta dos belum digunakan di Selangor.

Menurut data yang diberikan oleh Mosti kepada media, 2.9 juta dos vaksin Covid-19 telah dihantar ke Selangor pada 30 Mei.

Namun, pada 30 Mei, hanya 398,029 dos vaksin Covid-19 yang telah diuruskan di Selangor menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Ini sekali gus menjelaskan 2.5 juta dos belum diuruskan di Selangor – yang menunjukkan perbezaan dos yang belum digunakan lebih 5 digit.

Ketika dihubungi, seorang pegawai kerajaan negeri Selangor mempertikaikan data yang disampaikan oleh Mosti. Difahamkan bahawa kenyataan lebih terperinci akan keluarkan kemudian.

Perlu dijelaskan bahawa program vaksinasi dikendalikan sepenuhnya oleh kerajaan persektuan dan agensi-agensi di bawahnya.

Selain itu, analisis data dos vaksin dari Mosti dan JKJAV oleh portal berita kesihatan CodeBlue, mendapati beberapa negeri memberikan lebih banyak dos berbanding yang dilaporkan disampaikan kepada mereka.

Sebagai contoh, pada 30 Mei, Kuala Lumpur dikatakan menerima 215,280 dos vaksin Covid-19, tetapi telah memberikan 405,549 dos – iaitu perbezaan sebanyak 190,000 dos.

Negeri-negeri lain yang dilaporkan memberikan lebih banyak dos berbanding yang diterima termasuk Sarawak (58,322 perbezaan dos), Pahang (22,893), dan Perak (18,440).

Menteri Mosti, Khairy Jamaluddin, yang bertanggung jawab dalam program imunisasi Covid-19, memberitahu pihak media pada Isnin lalu bahawa agihan dos berdasarkan populasi penduduk dan angka pendaftaran.

Dipetik CodeBlue, Khairy berkata pada masa sekarang lebih banyak vaksin diberikan ke negeri-negeri yang merupakan ‘ground zero’, khususnya Lembah Klang.

Selangor kini melaporkan empat digit kes Covid-19 setiap hari iaitu merupakan kes tertinggi di tengah peningkatan kes di seluruh negara.

Sumber: https://m.malaysiakini.com/news/577395