Dr. Maszlee bertindak pantas angkut pasukan telco tinjau kawasan lemah capaian internet

Dr. Maszlee bertindak pantas angkut pasukan telco tinjau kawasan lemah capaian internet

Felda Ayer Hitam > Felda Layang-Layang > Kampung-Kampung di kawasan Layang-Layang > Kampung-Kampung di sekitar Machap > Bandar Baru Ibrahim Majid > Taman Sri Bayu > Sg Linau > Ladang Pineapple > Kg Parit Haji Hashim

Begitulah perjalanan saya dan pasukan SKMM yang diketuai oleh Encik Azhar, Syed Isa dan Encik Sufian serta rakan-rakan telco Celcom, Digi dan Umobile.

Kami dapati bahawa anak-anak menghadapi kesukaran untuk belajar, ibu bapa yang bekerja dari rumah juga menghadapi kesukaran, hatta warga emas yang terpaksa tinggal di kampung juga menghadapi kesukaran apabila anak-anak mereka yang tinggal di perantauan tidak dapat menghubungi mereka selalu akibat capaian internet yang lemah atau tiada langsung.

Hasil daripada tinjauan hari ini, setiap syarikat Telco akan mengemukakan pelan jangka masa pendek dan panjang bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti sebagai bermasalah. Diharapkan agar usaha ini akan membuahkan hasil dan anak-anak akan dapat mengikuti pelajaran mereka dengan lebih baik.

Sumber : FB Dr Maszlee Malik