Drama airmata ibu kandung akhirnya terbongkar, rupanya Aliah Qistina jadi ‘pemuas nafsu’ bapa tiri sejak 2020

Drama airmata ibu kandung akhirnya terbongkar, rupanya Aliah Qistina jadi ‘pemuas nafsu’ bapa tiri sejak 2020

 

Pada 17 Mac lepas, seorang wanita sempat mewar-warkan berita kehilangan anak perempuannya berusia 16 tahun bernama Aliah Qistina dari rumah mereka di Jasin, Melaka.

Dalam video yang dimuat naik, ramai bersimpati melihat si ibu kandung menangis dengan harapan remaja itu dapat pulang ke pangkuan keluarga.

Ibu reka cerita pasal kehilangan anak rupanya ada sisi gelap lain

Bermula dengan kisah mereka terhidu bau wangi seakan-akan dipukau pada malam 17 Mac, 4 hari lepas akhirnya Qistina ditemui berada di rumah rakan lelakinya di Perak (ikut dengan kerelaan sendiri).

Namun siapa sangka, rupanya semua kisah itu hanyalah drama rekaan ibu kandungnya untuk menyembunyikan ‘bangkai’ lain.

Ibu kandung & bapa tiri ditahan polis…Qistina jadi ‘pemuas nafsu’ sejak 2020

Berita terbaru melaporkan wanita (36 tahun) itu telah direman selama 7 hari atas dakwaan bersubahat dengan suami barunya (40 tahun) membiarkan Qistina menjadi tempat pemuas nafsu.

Lebih menghibakan, ia sudah berlaku sejak 2020 dan ibu kandung yang mengetahui kejahatan ini tergamak ‘pejam mata’  tanpa sebarang tindakan.

Pasangan itu ditahan sejurus mereka tiba dari Sabah

Selepas 2 minggu melarikan diri dari rumah dan berdepan 1001 spekulasi, akhirnya Qistina memberanikan diri memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.

Ia sekali gus menjadi asbab terbongkarnya trauma besar yang sudah dihadapinya dalam 3 tahun kebelakangan ini.