Dua kali hamilkan anak dara orang, pemuda perlu masa berfikir dulu sebelum bertanggungjawab

Dua kali hamilkan anak dara orang, pemuda perlu masa berfikir dulu sebelum bertanggungjawab

Melakukan hubungan badan sebelum bernikah seakan menjadi budaya biasa anak muda zaman sekarang. Meskipun perbuatan itu haram di sisi agama, semuanya dibutakan oleh hawa nafsu. Namun lebih mengejutkan, satu pasangan ini malah berani hadir ke sebuah podcast YouTube untuk mendedahkan khilaf mereka secara terbuka.

Pemuda berusia 20 tahun akui kerap lakukan hubungan badan

Beberapa bulan lalu, Satria Mahathir (20 tahun) dan Cia (17 tahun) berkenalan kali pertama di sebuah acara kelab malam. Bermula dari situ, mereka semakin rapat dan kerap berborak menerusi chat telefon. Hanya dalam masa 2 minggu kenal, mereka sudah melakukan hubungan terlarang. Bagi Satria, dia tidak segan mengakui gaya hidupnya yang sudah biasa mengamalkan perbuatan ‘bebas’ sebegitu.

 

 

Belum buat keputusan sama ada mahu bertanggungjawab atau tidak

Untuk Cia yang baru pertama kali melakukan hal itu, dia merasa terkejut apalagi setelah merasai tanda-tanda kehamilan. Sudah dua kali gadis ini membuat ujian kehamilan dan hasil test pack menunjukkan 2 garis merah. Namun bagi Satria yang cuma menganggap Cia sebagai bestie, dia mahu berfikir dalam-dalam sebelum mengambil keputusan bertanggungjawab. Katanya lagi, dia mahu tunggu sampai trimester pertama, barulah dia memberi kata putus mengenai masa depan kandungan Cia.

Kandungan masih sangat kecil…Mahu lepaskan fasa trimester satu dahulu

Tindakan mereka yang berani membuka aib diri nyata mengundang rasa kurang senang netizen Indonesia. Rupanya, dahulu Satria juga pernah menghamilkan anak dara orang, sempat berkahwin dan kemudian berpisah. Cia pula berkata, kini dia sudah keluar rumah untuk tenangkan diri memandangkan keluarga amat kecewa dengan berita kehamilan tersebut. Kedua-duanya belum yakin sama ada kandungan itu benar-benar ada atau tidak kerana bagi mereka, ujian kehamilan harus dijalankan berkali-kali untuk pengesahan.