Dua suspek tiba-tiba mengaku salah, ibu Tangmo serah bukti ‘dashcam’ yang dipadam

Dua suspek tiba-tiba mengaku salah, ibu Tangmo serah bukti ‘dashcam’ yang dipadam

 

Ditemui dalam keadaan menyayat hati di Sungai Chao Phraya pada Februari 2022 lepas, siapa sangka prosiding melibatkan pemergian Tangmo Nida masih belum menemui titik akhir.

Mana tidaknya, beberapa suspek utama yang dilihat seakan sukar untuk dikenakan hukuman membuatkan rakyat Thailand sendiri kecewa dengan keterlambatan pihak berkuasa mereka.

Dari awal siasatan, semua suspek menafikan pertuduhan atas diri mereka

Sebelum ini, 1001 ‘drama’ telah muncul membuatkan banyak spekulasi beredar sehingga menganggu proses siasatan.

Meskipun hasil autopsi tubuh Tangmo jelas menunjukkan kesan-kesan penganiayaan fizikal yang serius, suspek yang terlibat masih berdalih membuatkan perbicaraan di mahkamah berlanjutan.

2 suspek utama mengaku bersalah secara drastik

Tiada angin tiada ribut, berita terbaru melaporkan 2 daripada 6 orang suspek utama akhirnya mengaku bersalah temasuklah bagi dakwaan kecuaian sehingga menyebabkan pemergian aktres cantik itu.

Tanuphat  Por Lertthaweewit (pemilik bot) dan Paiboon Robert Treekanchananan (tekong bot) dikatakan berdepan hukuman penjara selama 10 tahun selain didenda 200,000 bath (bersamaan RM25,993).

Ibu Tangmo sedikit pelik dengan tindakan Paiboon & Robert

Walau bagaimanapun, tindakan Paiboon dan Robert yang tiba-tiba saja membuat pengakuan bersalah setelah 1 tahun menafikan pertuduhan di mahkamah cukup mencurigakan ibu mendiang, Panida Sirayootyotin.

Sementara itu, Panida baru saja menyerahkan bukti baru berupa rakaman dashcam kereta Tangmo.

Data yang dipadam daripada dashcam berjaya diperolehi semula

Sebelum ini, rakaman dashcam dalam kereta jenis Mazda hitam milik Tangmo itu telah dipadamkan oleh seseorang.

Namun dengan bantuan syarikat pemulihan data nasional, semua footage dapat dikembalikan sekali gus akan membantu proses siasatan.